Kemalangan Nahas Membabitkan Tiga Kenderaan , Dua Wrga Emas Antara Tiga Yang M4ut Di lokasi Kejadian.

Dua wrga emas antara tiga yang m4ut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 65 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan, pada pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu Perodua Alza, Perodua Myvi dan Toyota Vios.

Ketika kejadian, kenderaan MPV Perodua Alza dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu MPV dipercayai hil4ng kawalan lalu terbabas masuk ke dalam laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Perodua MyVi.

“Kereta Perodua MyVi kemudian dilanggar pada bahagian sebelah kanan oleh kereta Toyota Vios yang datang dari arah Segamat.

“kemal4ngan itu menyebabkan pemandu Toyota Vios dan seorang penumpangnya serta seorang penumpang Perodua MyVi mninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Tiga mngsa yang m4ut masing-masing berusia 66, 65 dan 19 tahun.

Mohd Zaidi berkata, siasatan mendapati tiga individu menaiki Alza manakala Myvi dinaiki lima individu dan Vios pula empat individu.

Sembilan lagi mngsa ced3ra dan menerima rawatan di Hspital Pekan.

Kes disiasat di bawah S3ksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:mstar