keluarga ucap terima kasih kepada Siti Nurhaliza dan Datuk K ,Syukur sudah sempurna badal haji untuk arwh Huzz,

Keluarga kepada wartawan hiburan veteran iaitu Allahy4rham Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin menzahirkan ucapan syukur ibadah badal (upah) haji buat arwh telah selamat disempurnakan pada 15 Jun lalu.

Berkongsi rasa syukur itu, adik kepada Huzz iaitu Nur-ul Afida turut menitipkan penghargaan kepada pasangan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami iaitu Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa kerana sudi menaja kos bagi tujuan ibadah rukun Islam kelima itu.

“20 hari selepas kepulangan Huzz ke Rahmatullah, kami bersyukur kerana dimaklumkan badal haji buat arwh telah sempurna.

“Terima kasih khususnya buat Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid (suami) kerana menunaikan janji mereka kepada Huzz semasa menziarahi sebelum ini,” katanya.

Afida yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut berkongsi sijil badal haji yang telah sempurna dilakukan itu.

Tajaan badal haji itu dibuat oleh Siti dan suami menerusi badan kebajikan milik mereka iaitu Yayasan Nurjiwa.

Siti sebelum ini memaklumkan suaminya berhasrat untuk menaja badal haji buat Huzz ketika arwh terlantar sakit di Hspital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser usus.

Huzz mninggal dunia pada 8 Jun lalu sekitar pukul 6.10 petang di kediaman abangnya di Pulau Pinang.

Allahy4rham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat Seberang Perai Utara di Permatang Langsat pada hari sama.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *