Anak saudara terkejut maksu terlibat n4has helikopter, keluarga dari Yan di Kedah segera ke Lumut“Itu gambar baharu, hari ini”

Ahli keluarga kepada salah seorang mngsa nahas pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengakui masih terkejut selepas menerima khabar duk4 itu pada pagi Selasa.

Hanya mahu dikenali sebagai Along, pemuda itu berkata pihak keluarganya segera bergegas ke Lumut, Perak sejurus menerima berita tentang insid3n membabitkan ibu saudaranya itu.

“Maksu (mngsa) merupakan ibu saudara belah emak saya. Saya memang terkejut lepas dapat tahu tentang hal ini. Memang tak percaya sebab ia berlaku tiba-tiba.

“Kali terakhir jumpa sebelum puasa. Keluarga maksu duduk di Yan, Kedah. Keluarga dah pergi ke Lumut selepas tahu berita itu. Mak ayah saya pun pergi juga,” ujar pemuda

Namun menurut Along, tidak banyak yang boleh dikongsikannya ketika ini memandangkan insid3n itu baru sahaja berlaku dan masih banyak maklumat belum diterima.

Terdahulu, tular sekeping foto memaparkan tiga anggota tentera wanita yang sedang berada di dalam sebuah helikopter.

Menerusi komen pada hantaran tular itu, Along berkata wanita yang berada di tengah-tengah dalam foto berkenaan merupakan ibu saudaranya.

“Itu gambar baru, hari ini,” jawabnya ringkas.

Menurut Along lagi, wanita berkenaan juga sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata.

Untuk rekod, kesemua 10 mngsa yang terlibat dalam nahas dua helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilaporkan m4ut.

Tiga mngsa berada dalam helikopter jenis Fennec M502-6 manakala tujuh lagi berada di dalam helikopter HOM M503-3.

Dua pesawat mal4ng itu berlepas dari Padang Sitiawan, Perak pada pukul 9.03 pagi untuk latihan lintas h0rmat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *