Keluarga Arwh Ashraf Sinclair Bagi Restu Bunga Citra Lestari Kahwin , Ibu Mentua Siap Titip Doa Buat Bakal Pengantin
Keputusan penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) mahu melangsungkan pernikahan pada awal Disember depan sudah mendapat restu daripada keluarga Allahy4rham suaminya, Ashraf Sinclair.
Menurut lap0ran Hops.Id, ibu kepada Ashraf iaitu Dida Sinclair dikatakan telah memberi keizinan kepada Bunga untuk kembali berumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu Tiko Aryawardhana.
Dida turut menitipkan pesanan dan doa buat Bunga sebelum bergelar isteri buat kali kedua.
“Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Allah, agar tetap kuat, sehat, bahagia, dan bersyukur,” ujarnya.
Sebelum ini, Bunga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Tiko Wardhana.
Bunga, 40, dan Tiko yang juga seorang duda dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indo’nesia.
Perkara tersebut didedahkan oleh seorang petugas di pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani menerusi kenyataan di YouTube Indosiar.
Khabar angin juga mendakwa Bunga telah membawa Tiko untuk berkenalan bersama keluarga Ashraf ketika Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Untuk rekod, Bunga dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.
Ashraf mninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat ser4ngan jantung.
Sumber:HM