Kelebihan Seorang Hafiz Al-Quran , Jas4d Ustaz Idris Terpelihara , Hanya Pakaian Allahyarham Saja Yang Hangus Terbakar.

Kebesaran Allah dizahirkan apabila jnazah Allahy4rham ustaz Idris Abdol Talib @ Ramali yang terlibat dalam nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor pada Khamis tidak hangus terbakar.

Perkara tersebut dimaklumkan ahli keluarganya semasa mengendalikan jasad arwah.

Malam menerusi perkongsian Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, tragedi yang berlaku itu hanya membuatkan pakaiannya saja yang terbakar.

“Al-Fatihah. Baru sahaja selesai menziarahi keluarga beliau di Taman Ketari, Bentong Pahang. Terharu dapat makluman daripada keluarga arwah bahawa j4sadnya tidak hangus terbakar, hanya pakaian saja yang terbakar.

“Allahuakbar. Almarhum ustaz Idris adalah merupakan seorang hafiz Al-Quran. Semoga semua r0h arwh bersama para solihin dan ditempatkan di syurga yang tertinggi,” tulisnya selepas menziarahi keluarga Allahyarham di Taman Ketari, Bentong Pahang.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak masing-masing berusia 14 tahun, 10 tahun dan 54 hari.

Beliau juga adalah pegawai Kerajaan Negeri Pahang yang berkhidmat di Pejabat Agama Islam Daerah Raub sebagai pegawai penguat kuasa.

Namun Allahyarham bercuti tanpa gaji awal tahun ini selepas berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, 

Alam Sekitar Dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang turut terkorban dalam nahas sama.

Difahamkan jnazah Idris akan dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ke Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Bentong pada Ahad untuk memberi peluang kepada ahli keluarga dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir.

Solat jnazah kali kedua akan turut dilakukan sebelum bergerak ke Tanah Perkuburan Barak Benus.

Sebelum itu, sekitar pukul 9 pagi, solat jenazah pertama dilakukan di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang.

Ahli keluarganya turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam bantuan tragedi tersebut.

Pada Khamis, pesawat tersebut sepatutnya dijadualkan mendarat pukul 2.48 petang bagaimanapun dipercayai melencong sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *