Kejadian Ng3ri Lelaki Berlumuran Dar4h , Dikel4r Ketika Jogging Seorang Diri Di Shah Alam . Perompak Aktif Seawal Pukul 6 Pagi.

Rutin seorang lelaki yang gemar bersenam pada awal pagi bertukar menjadi detik ng3ri apabila dia diserang individu tidak dikenali, didakwa mahu meromp4k.

Kejadian menimpa lelaki berkenaan menjadi tular sejak Khamis selepas dikongsikan oleh seorang pelayar, @zaraazameen di laman X.

Menerusi ciapan berkenaan, mngsa yang berusia sekitar 40an mengalami kecederaan yang agak parah pada bahagian tangan akibat dikel4r penyerangnya.

“Hati-hati warga Shah Alam yang suka joging seorang diri waktu pagi! Kawasan rumah aku Seksyen 27 ada yang kena kelar time joging pukul 6 pagi sebab ada orang nak r0mpak,” tulisnya.

Selain gambar mangsa yang mengalami kecederaan dan berlumuran dar4h, pelayar tersebut turut memuat naik imej tangkap layar perbualan daripada grup Ws yang mengesahkan kejadian berkenaan.

Untuk mengelakkan kejadian tak diingini, orang ramai disarankan untuk tidak beriadah bersendirian.

Daripada perbualan berkenaan, difahamkan mangsa yang merupakan seorang lelaki Melayu diserang sekitar pukul 6 pagi hingga 6.30 pagi di hadapan Sek0lah Kebangsaan Seksyen 27, berhampiran dengan kawasan perumahan Laman Seri, Shah Alam.

“Pukul 6 pagi tu maybe sebab gelap lagi dan dia dekat kawasan perumahan yang dekat dengan sek0lah, so maybe waktu tu tak banyak kereta lagi.

“Orang pun belum lalu lalang nak hantar anak sekolah jadi perompak berani nak rompak. Kalau dia jog lewat sikit time budak masuk sekolah maybe selamat sikit,” tulisnya.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai tahap kecederaan mahupun kerugian yang dialami mngsa atau tindakan susulan kejadian berkenaan.

Pelayar tersebut dalam pada itu turut menitipkan pesanan kepada warga maya khususnya golongan wanita yang gemar beriadah bersendirian.

Kawasan rumah aku pula ada orang baling asid… mangsa perempuan muda, gila dah manusia sekarang ni.

“Hati-hati especially perempuan. Yang ni lelaki pun kena. Kalau perempuan tak tahulah.

“Aku rasa perempuan kalau nak joging pagi, joging dalam taman perumahan je la… itu pun yang jenis guarded. So orang luar tak boleh masuk.

“Lepastu joging la waktu cerah sikit time orang dah busy keluar kerja. Bahaya joging dekat jalan besar seorang diri okay,” pesannya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya saling memberi peringatan agar lebih mementingkan keselamatan lebih-lebih lagi sekiranya berseorangan.

Komen warga maya terhadap perkongsian berkenaan.

“Allahuakhbar! Lepas ni kalau nak joging juga, cari kawasan yang ada tumpuan orang ramai. Atau indoor like gym.

“Kesian weh pagi-pagai keluar nak berjoging, last-last jadi begini. Kejam… kej4m.

“Kawasan rumah aku pula ada orang baling asid. Mngsa perempuan muda. Gil4 dah manusia sekarang ni.

“Ingat anjing yang bahaya. Rupanya manusia berperangai anj1ng ni lagi bahaya,” demikian antara komen net1zen.

Sumber:mstar