Keempat-Empat Anak Almy Nadia Dimasukkan Ke Hspital , Dijangkiti Rotavirus

Datin Almy Nadia memaklumkan empat anaknya dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas mengalami munt4h dan cirit birit berlarutan kerana dij4ngkiti Rotavirus.

Almy atau Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 38, berkata anak bongsunya iaitu Nur Afrina Aisyah pada awalnya mengalami muntah dan cirit selama empat hari.

Diikuti anaknya Nur Afrina Ayra sehingga dia membuat keputusan untuk ke hspital bagi mendapatkan rawatan segera pada petang Jumaat, sebelum dua anaknya yang lain iaitu Nur Afrina Aurora serta Nur Afrina Arianna.

“Alhamdulillah anak-anak semakin baik selepas dapat pemantauan d0ktor.

“Mula-mula Aisyah dan Ayra kemudian diikuti dengan Aurora dan petang tadi Arianna,” katanya .

Sebelum ini, Almy berkongsi di Ig keadaan anak-anaknya yang terbaring di katil selepas dijangkiti Rotavirus.

Dia yang baharu pulang dari mengejarkan umrah memberitahu semuanya berada dalam keadaan baik sepanjang berada di Tanah Suci Makkah malah tidak dapat pastikan punca jangkitan berkenaan.

Kata Almy dia dan suami iaitu Datuk Fizz Fairuz dalam keadaan baik dan tidak dijangkiti dengan v1rus berkenaan.

“Saya pun tak tahu dijangkiti dari mana cuma tahu tiba-tiba tak sihat dan satu persatu kena dapatkan rawatan.

“Dekat sana (Makkah) Allah permudahkan, sepanjang dua minggu tiada apa-apa pun… tak ada sakit apa semua.

“Dah balik Malaysia dua tiga hari baru yang keempat itu mula tak sihat,” kongsinya.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *