Kedatangan Si Cilik Berbaju Sekolah Mnengah Bikin Kecoh , Ramai Sangka Pelajar Kerdil Salah Pakaian Seragam

Kedatangan seorang kanak-kanak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah menengah di kelas prasekolah mencur1 tumpuan ramai.

Orangnya comel, bertubuh sangat kecil tetapi kemunculannya di kelas berkenaan menimbulkan tanda tanya.

“Kawan depan tu be like: Aku salah pemakaian ke dia yang dia salah?” demikian antara komen net1zen menerusi video tular yang menunjukkan situasi sesi pembukaan sesi persekolahan.

Menjelaskan tentang kekeliruan itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Nur Ainul Aina Nazri memberitahu, anak perempuannya iaitu Nur Safiyya Marrisa Amirul Zulsyam sebenarnya baru berusia hampir tiga tahun.

Tambah wanita berusia 27 tahun itu, video tersebut dirakam pada hari pertama sesi persekolahan di sebuah sekolah di Telok Panglima Garang di Kuala Langat, Selangor, pada Isnin.

Pada hari itu Marrisa hanya menemani kakaknya yang memulakan sesi prasekolah.

“Anak saya ni, apa yang abang dan kakak ada, dia pun mesti nak. Abang dan kakak dia beli kasut dan beg, dia nak juga. Tapi tidaklah beli, cuma pakaikan yang mana ada je.

“Apabila tak dapat, dia sanggup tak nak keluar kedai. Baju pun dia ambil kakak dia punya. Kita cari solution. Saya buatkan sepasang baju kurung sekolah untuk dia,” katanya

Cerita si ibu lagi, ini bukan kali pertama Marissa turut hadir ke sesi persekolahan kerana perkara hampir sama berlaku pada tahun lepas ketika anak sulungnya masih di prasekolah.

“Dulu abang dia pakai baju kemeja-T putih dan seluar hitam. Dia pun nak pakai sama satu set macam abangnya. Tapi tahun ni abang dia dah masuk sekolah rendah dan giliran kakak dia pula masuk prasekolah.

“Jadi kita nak lain daripada yang lain dengan tempah baju sekolah menengah untuk dipakai pada pagi sesi pembukaan prasekolah kakaknya,” ujarnya yang mesra disapa Enaaa.

Menurut anak kelahiran Selangor itu, baju kurung sekolah menengah itu ditempah pada saat akhir, kira-kira empat hari sebelum sesi pembukaan persekolahan baharu.

“Pada mulanya nak pakaikan dengan kain warna gelap macam sekolah rendah. Tapi sebab nak tampilkan kelainan, itu yang buat kain sekolah menengah.

“Merata juga cari tukang jahit. Sebab last minute dan nak raya ramai tempah baju, jadi ramai dah tutup tempahan. Alhamdulillah rezeki dia, 

ada tukang jahit sudi nak tolong jahitkan,” katanya sambil menambah dua lagi anaknya itu masing-masing berusia tujuh dan lima tahun.

Sementara itu, pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berhubung video yang dimuat naik Nur Ainul di laman sosi4l, termasuk anaknya yang disangka pelajar kerdil di sekolah menengah.

Namun bagi wanita itu, ia merupakan kata-kata biasa yang dilontarkan kepada anak bongsunya yang manja dengan panggilan Marissa.

“Bagi saya, anak dikatakan sebagai kerdil itu biasa sebab netizen pun tak tahu berapa usia dia. Komen paling lucu ada yang tanya kenapa mak bagi pakai baju sekolah menengah dan macam-macam perangai nak bagi anak malu. 

Walhal, si kecil tu pakai elok dan bertutup litup,” katanya lagi.

Nur Ainul yang mengusahakan bisnes dalam talian secara kecil-kecilan tidak menyangka anak bongsunya itu juga begitu bersemangat ‘menemani’ kakak dan abangnya di kelas.

“Apabila diajak balik rumah, dia tak mahu balik. Malah, dia ambil beg dan simpan di rak. Orang beratur di perhimpunan pun dia nak ikut sama beratur. Macam-macam gelagat dia di sekolah.

“Niat sebenar saya pakaikan dia baju sekolah untuk beri dia semangat bersekolah dan bercampur dengan orang. Alhamdulillah memang dia teruja sangat dan ramah dengan semua,” katanya.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *