Adik tiada pilihan… Kena berk0rban pindah bilik kecil demi keselesaan untuk abang, kakak dan anak buah balik beraya

Menjelang Aidilfitri, golongan perantau akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran bersama ahli keluarga dan sanak saudara.

Kemeriahan pasti akan terasa apabila masing-masing bergotong royong membersihkan rumah dan memasak juadah hari raya.

Malah kebanyakan pelayar TikTok mula memuat naik suasana sambutan lebaran 1 Syawal di platform bagi berkongsikan kegembiraan yang dirasai dengan warga maya.

Tidak ketinggalan hantaran seorang wanita yang muncul pada halaman For You Page (FYP) berikutan memaparkan pengorbanan seorang anak bongsu yang perlu tinggal di bilik kecil apabila adik-beradik yang sudah berkeluarga pulang ke kampung halaman.

“POV: Pengorbanan si bongsu duduk bilik kecil untuk keselesaan abang, kakak dan anak buah,” coretnya menerusi hantaran video di TikTok.

Susulan daripada itu, videonya mendapat tontonan lebih 1.3 juta pelayar.

Noramirah Norin berkata, dia merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik.

“Tiga daripada adik-beradik saya sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak saudara.

“Kena tukar ke bilik tu sebab nak bagi keselesaan dekat abang dan kakak yang ada anak untuk membuat persalinan.

Saya rajin record buat video. Rasa berbaloi la kemas sendirian tapi dapat FYP.

“Pada masa sama untuk bagi bayi tidur dengan selesa sebab bilik tu besar dan ada tandas di dalam. Katil pun besar,” ujarnya memulakan cerita.

Menurut anak gadis berusia 26 tahun itu lagi, bilik tersebut mula didiaminya selepas tamat belajar dan bekerja sebagai promoter.

“Bilik tu asalnya bilik pakaian almari-almari. Tapi sejak saya habis belajar, saya stay rumah kena duduk di bilik tu.

“Jadi bermula minggu akhir Ramadan dan selepasnya saya akan tinggal di bilik kecil seperti dalam video.

“Tiada pilihan. Memang ada bilik tu je tinggal untuk saya sebab bilik yang besar ada toilet tu dijadikan bilik tetamu la,” ujarnya sambil berkongsi suasana sambutan raya pada tahun ini yang lebih meriah.

Mengimbau kenangan Aidilfitri pada tahun lalu, ujarnya yang mesra disapa Amira, dia sekeluarga tidak merasai suasana tidur di ruang tamu kerana adik-beradiknya berada dalam daerah yang sama.

Malah kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini, kesemua ahli keluarga akan datang berkumpul pada pagi raya.

“Selalunya hari raya kami tak tidur ruang tamu dan abang, kakak tak tidur pun kat rumah malam raya memandangkan semuanya stay dekat daerah yang sama.

“Mereka akan hadir ke rumah pada pagi raya,” ujarnya yang akan menyediakan juadah pagi raya seperti kuah lodeh, sambal goreng, ketupat dan rendang.

Berkongsi tentang persiapan raya pada tahun ini, ujarnya kemeriahan amat dirasai kerana dirinya gemar membuat video.

Tambahan pula, perasaan letih mengemas rumah dan membuat susun atur terasa berbaloi apabila video-video yang dikongsikan di TikTok sering FYP.

“Saya rajin record buat video. Rasa berbaloi la kemas sendirian tapi dapat FYP,” luahnya gembira.

Sumber:TT