“Natural beauty, lembut je wajahnya..”Kecantikan adik Fattah Amin jadi perhatian
Adik , Fattah Amin yang dikenali sebagai Raihan Amin menjadi perhatian ramai dalam sebuah temu bual, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @hanumsubri di laman TikT0knya, dia bertanya beberapa soalan berkaitan Fattah kepada ibu dan adik aktor tersebut.
Dalam video tersebut, antara soalan tersebut adalah perasaan apabila Fattah menjadi artis, personaliti, makanan kegemaran dan sebagainya.
Raihan mendedahkan tidak pernah meminta apa-apa barangan mewah dengan abang sulungnya itu dan dia adalah adik beradik yang paling rapat dengan Fattah.
Pada akhir temu bual tersebut, ibu Fattah Amin yang dikenali sebagai Azizah Abdul Ghani menitipkan nasihat kepada anak lelakinya untuk menjaga diri dan menjaga nama baik keluarga sepanjang bergelar artis.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpesona dengan kecantikan Raihan walaupun tidak memakai sebarang alat solek pada wajahnya.
Dalam pada itu, ramai tersentuh apabila mendengar nasihat ibu Fattah yang mahu memastikan anaknya menjadi seorang lelaki yang tidak lupa kepada agama dan keluarga.
Sumber: hm