Ke Jakarta bantu j4nda muda bertatu, Ebit Lew carikan kerja bawa balik Malaysia
Baru-baru ini, pendakwah terkenal, Ebit Lew telah berkongsi momen berada di Jakarta, Ind0nesia dengan membantu se0rang wanita ‘punk’ yang tinggal dijalanan.
Bantu ibu tunggal bertatu
Dia telah memberikan sedikit wang kepada Mondy dan membelikan pakaian muslimah untuk wanita berusia 21 tahun itu. Difahamkkan, Mondy merupakan ibu tunggal yang mempunyai se0rang anak dan bekerja sebagai penyanyi jalanan bagi mencari nafkah.
Selepas video tersebut viral, Ebit Lew telah menawarkan bantuan untuk mencarikan pekerjaan yang lebih sesuai untuk Mondy memandangkan dia bertekad untuk isitqamah berhijrah menjadi wanita yang lebih baik.
Bawa balik Malaysia
Oleh itu, menerusi posting terbaru Ebit, dia telah memuat naik perkembangan terkini wanita yang dibantunya dengan menyiapkan pasport bagi dia terbang ke Malaysia untuk memulakan hidup baru.
Menerusi posting tersebut, pendakwah berusia 38 tahun itu telah mengucapkan selamat datang ke Malaysia kepada Mondy dan meminta orang ramai mendoakan urusan wanita berkenaan dipermudah.
Kenapa bawa dia datang Malaysia?
Menjengah ke ruangan komen, ada beberapa pihak yang tertanya-tanya mengapa Ebit Lew membawa Mondy datang ke Malaysia walaupun sudah dijelaskan untuk membantunya mencari pekerjaan yang lebih baik.
Ebit Lew dah tak tolong orang susah lagi ke?
Ada yang lamar ke tu?
Ada juga yang berseloroh mengusik Ebit Lew dengan menyatakan mungkin Mondy mahu dilamar untuk dijadikan isteri pendakwah berkenaan.
Saja usik Ebit Lew
Semoga Mondy terus istiqomah
Walau bagaimanapun, mereka tetap mendoakan agar urusan ibu tunggal terbabit dipermudah dan terus istiqomah dalam penghijrahannya.
Sumber: Instagram ebit lew