Kanak-Kanak 9 Tahun M4ut , Disyaki Did3ra Ibu Kandung Dan Teman Lelaki.

Seorang kanak-kanak lelaki bberusia sembilan tahun ditemui mninggal dunia di sebuah rumah yang terletak di Taman Panglima, Assam Kumbang, Taiping, Perak, pagi semalam.

Memetik lap0ran Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid mengesahkan terdapat unsur pend3raan dilakukan kepada kanak-kanak terbabit, selain dipercayai did3ra sejak Mac lalu.

Beliau berkata mngsa merupakan anak kedua daripada lima beradik, manakala ibu mngsa berusia 36 tahun yang tinggal bersama teman lelakinya di rumah sama dikatakan mempunyai mas4lah rumah tangga dengan suaminya dan dalam proses pencer4ian.

“Laporan for3nsik Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ada unsur penderaan kepada si m4ti. Pihak polis percaya k3s penderaan itu berlaku sejak Mac lalu.

“Ibu kanak-kanak itu mengalami masal4h rumah tangga dan dalam proses percerai4n dengan suaminya,”ujar Razlam.

Terdahulu, Razlam berkata pihaknya menerima mengenai maklumat kejadian melalui Sistem Tindak Balas Kec3masan Malaysia (MERS) 999 sekitar jam 11 pagi semalam.

Seterusnya, pegawai perubatan dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengesahkan kemati4n kanak-kanak itu.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan leb4m di kaki, badan dan muka mngsa yang berkemungkinan akibat kesan did3ra,” katanya.

Susulan penemuan daripada pihak f0rensik itu, ibu mngsa serta teman lelakinya yang berusia 30-an ditah4n reman di Mahkamah Taiping hari ini bagi membantu sias4tan mengikut S3ksyen 302 Kanun Kes3ksaan.

Sumber: Buletin TV3