Kami Tunaikan Permintaan Awadah Supaya Kebum1kan Najmi Di Sebelah Pusaranya.
Jnazah mngsa lem4s akibat terjatuh bot di Sungai Kelantan, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, selamat dikebum1kan di Tanah Perkburan Islam Kampung Kutan Sungai di sini, hari ini.
Allahy4rham yang berusia 30 tahun dikebum1kan pada 3.30 petang bersebelahan pusara isterinya, Nor Awadah Sulong, 30, yang turut ditemukan lemas dan maytnya dijumpai hari kejadian iaitu petang kelmarin.
Bapa mngsa, Wan Taib Wan Sulaiman, 69, berkata, dia reda dengan kehil4ngan anak dan menantu serta cucunya, Amrullah Fitri Afendi, 10, serentak dalam kejadian petang Jumaat lalu.
“Sudah kering air mata saya meratap pemergian tiga ahli keluarga sekali gus tapi itu semua kerja Allah, kita sebagai hambaNya perlu reda dengan takdir.
“Najmi dan Awadah meninggalkan dua anak perempuan yang masih kecil, walaupun mereka membesar dengan saya tapi hak penjagaan akan turut diberikan kepada keluarga arwh menantu,” katanya yang ditemui di sini, hari ini.
Pasangan suami isteri itu meninggalkan dua cahaya mata perempuan, Wan Nur Athiya Naura, 4 dan Wan Nur Ameena, 14 bulan.
Lebih 100 penduduk kampung hadir mengiringi jnazah Wan Muhamad Najmi yang jas4dnya ditemukan jam 9.05 pagi tadi selang 50 minit selepas anak saudaranya, Amrullah Fitri dijumpai.
Amrullah Fitri dikebumikan di Tanah Perkvburan Islam Kampung Patek, Kadok, Kota Bharu waktu yang hampir sama dengan Najmi selepas selesai proses bed4h siasat mereka berdua di Hspital Tumpat.
Sementara itu, ibu Nor Awadah, Gayah Husin, 54, berkata, mereka sekeluarga mengh0rmati permintaan anaknya yang sebelum ini meminta agar tidak memisahkan mereka berdua walau m4ut yang datang.
Dia juga baharu menyedari sedikit perubahan yang ditunjukkan anak kedua dari enam beradik itu yang turut berhasrat untuk segera mewasiatkan harta suami isteri terbab1t atas nama dua anak perempuan mereka.
“Awadah pernah bersuara tiga minggu lalu meminta agar jangan pis4hkan dia dengan suaminya walau apa berlaku dan apabila berlaku musibah sebegini, kami baru sedar ia seolah satu petanda.
“Walaupun hasrat di hati untuk mengebum1kan Awadah di kampung kami di Selising, Pasir Puteh, tapi demi mengh0rmati permintaan terakhirnya, kami turuti.
“Dia juga berbual dengan arwh menantu untuk segera mewasi4tkan harta mereka atas nama dua anak perempuan serta kerap berbicara mengenai hal keagamaan, rupanya itu petanda mereka akan pergi buat selama-lamanya,” katanya.
Sumber:hm