“Kalau Hantaran Ni Dua Tiga Ribu Ja”Jam 3 Pagi Masih Dengan Lelaki , Bakal Mentua Terus Downgrade Teman Wanita Anak
Memang berdebar-debar apabila hendak berjumpa dengan bakal mentua buat pertama kali.
Pasti jantung berdegup kencang seperti menghadiri sesi temuduga kerana tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku.
Bagi seorang gadis, pertemuan bersama ibu kepada teman lelakinya berlaku dalam situasi yang diluar kebiasaan iaitu pada awal pagi ketika ramai orang lain lena diulit mimpi.
Menerusi satu rakaman secara tersembunyi, kedengaran perbualan antara seorang ibu bersama anak lelakinya iaitu kekasih kepada gadis berkenaan.
“Dik, ini ke bakal menantu mak? Haa inilah dia,” menurut perbualan dua beranak itu.
Ibu kekasih mempersoalkan dirinya tidak pulang ke rumah meskipun sudah awal pagi.
Namun maklum balas yang diberikan si ibu sememang-memangnya tidak dijangka.
Walaupun dia diberikan pujian mengenai kecantikan dan penampilannya, namun wanita berkenaan sempat menyelit dengan kata-kata berbaur sindiran.
“Muka dah cantik, baju dah cantik. Baju kurung dah macam perempuan Melayu terakhir. Kenapa bawa balik pukul dua tiga pagi ni?” soal si ibu kepada anak lelakinya.
Lebih mengejutkan apabila tidak semena-mena ibu kekasihnya mengaitkan situasi berkenaan dengan wang hantaran perkahwinan.
“Kalau hantaran ni, dua tiga ribu je dik,” tambah si ibu.
Berdasarkan lenggok dan nada percakapan, dapat ditafsirkan kata-kata si ibu itu merujuk kepada adab dan perilaku gadis berkenaan yang seolah-olah tidak tahu menjaga batas pergaulan.
Menurut gadis itu, dia tidak menyangka keterujaan untuk berjumpa dengan ibu kekasihnya bertukar mimpi ngeri.
“Teruja nak jumpa bakal mak mentua pertama kali, sekali macam ni jadinya. Bukan nak buka aib, cuma peringatan kepada perempuan di luar sana. Korang nilai sendiri,” katanya.
Difahamkan pada ketika itu gadis tersebut ditemani seorang rakan perempuan.
Berdasarkan rakaman di TikTok yang hingga kini meraih lebih 1.7 juta tontonan, kedengaran rakan kepada gadis tersebut cuba mencelah bagi menerangkan kepada si ibu tentang mengapa mereka masih berada di luar rumah pada waktu berkenaan.
Mak BF pun red flag sebab jenis cakap lepas.
Dalam pasa itu menerusi hantaran berasingan di Instagram, gadis itu menceritakan dengan lebih lanjut tentang insiden berkenaan.
“Aku memang jenis lepak akan bawa sahabat ke mana je aku pergi. Masa tu mak dia tiba-tiba nak lepak sekali. Sepatutnya aku dah nak gerak balik, tapi aku tetap tunggu mak dia datang.
“Sampai je mak dia, okay senyum. Tup-tup macam ni jadinya. Aku memang bukan jenis melawan sebab hormat mak dia macam aku hormat mak aku,” katanya.
Jelasnya lagi, ibu kekasihnya turut mempersoalkan sama ada dia sering keluar bersama anaknya.
“Sebab mak dia dapat kesan anak dia selalu balik lewat sampai pukul dua, empat pagi dan mungkin disebabkan melepak dengan aku,” ujarnya.
Susulan itu, dia tampil menjelaskan bahawa dia bukan perempuan murahan.
“Ingat aku perempuan murah ke? Aku bukan jenis melepak tak tentu hala. Kalau aku lepak pun memang urusan kerja je,” tegasnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut berpandangan bahawa awal pagi bukan waktu yang sesuai untuk berjumpa bakal ibu mentua, apatah lagi untuk mendapatkan tanggapan pertama (first impression) yang baik.
“Pukul dua, tiga pagi jumpa bakal mak mentua memang red flag la.
“Sekarang ni BF dia salah timing bawa pergi jumpa dua, tiga pagi. Macam tak ada hari esok.
“Pengajarannya nak jumpa bakal mentua, jangan pagi-pagi buta kecuali kecemasan. Nanti jadilah macam sis ni.
“Mak BF pun red flag sebab jenis cakap lepas. Jika awak jadi kahwin, saya pasti awak banyak isu dengan mak dia nanti,” demikian antara komen net1zen.
Dihujani kritikan ramai, gadis itu kemudian mengakui dan menyedari kesilapannya sambil menambah enggan menyalahkan kekasihnya kerana tidak menyebelahinya ketika itu.
“Ye salah saya… dia sayang sangat dengan mak dia,” ujarnya ringkas.
Sumber:Mstar , Hm