Kakak dedah bapa guna gaji Asif Suhaimi untuk beli d4dah & main jvdi

Kakak kepada Y0uTuber terkenal, Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina telah mended4hkan perihal tindakan bapanya yang menggunakan bayaran diterima remaja itu dari Syahmi Sazli Production untuk kegunaan yang tidak baik.

Menerusi perkongsiannya di Faceb0ok, Atina menyatakan bapa mereka telah menggunakan duit Asif untuk membeli dadah dan juga bermain judi.

Tergamak hisap dadah depan anak 0KU

Dia juga dengan terang-terangan mengatakan yang bapanya tergamak menghisap dadah di hadapan Asif yang merupakan insan kelainan upaya (0KU).

Bapa sendiri fitnah makan duit Asif

Perkara tersebut terpaksa didedahkan kerana tidak tahan dengan fitn4h yang dilempar bapa sendiri kepadanya yang dikatakan mengambil duit hasil kerja Asif sewaktu terlibat dalam projek Syahmi Sazli.

Satu kampung tahu Suhaimi tu macam mana

Ujarnya, angka RM7,000 yang diterima dari Syahmi itu tidak sepenuhnya diberikan kepada bapa mereka kerana boleh dikatakan satu kampung dan juga ahli keluarga tahu mengapa perkara tersebut dilakukan.

Atina juga mengatakan yang RM3,000 baki selepas sebahagiannya diberi kepada bapa telah digunakan untuk keperluan Asif.

Perkara tersebut juga bukan kali pertama terjadi kerana pernah berlaku sekitar 2019 apabila lelaki itu memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya memberikan gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran.

Bapa tak henti2 sebar fitnah

Ujar kakak kepada Asif itu lagi, kesabarannya sudah habis kerana pelbagai kerenah bapa yang dikatakan menggunakan duit yang ada untuk membeli d4dah.

Ujarnya, dia rela berd0sa membuka aib keluarga kerana sudah penat dengan fitn4h-fitnah yang dilemparkan bapa sendiri terhadapnya berkaitan bayaran Asif.

Untuk rekod, Asif Suhaimi atau nama sebenar Mohamad Asyiff Suhaimi merupakan YouTuber yang sering terlibat dalam projek drama dan filem dari Syahmi Syazli.

Dia yang merupakan remaja 0KU turut pernah menggenggam trofi Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2020.

Sumber: Faebook Siti Nur Atina via Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *