“Jus Tanpa Gula Kegemaran Saya”Buka Peti Ais Nampak Air Tembikai 3 Botol , Ibu Senang Hati Anak Lelaki Pandai Ambil hati.

Ramai yang salah sangka dan beranggapan ibu bapa hanya mengharapkan hadiah mewah daripada anak-anak sebaik sahaja mereka melangkah ke alam pekerjaan.

Hanya disebabkan itu juga, ramai anak-anak yang meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana merasakan tidak mampu membahagiakan ibu bapa mereka kerana mengalami kekangan kewangan.

Namun berbeza dengan situasi seorang pemuda apabila dia menghasilkan jus tembikai khas untuk ibunya sebagai ‘hadiah’ sebelum pulang ke rumah sewa.

Menceritakan semula perbuatan ‘sweet’ tersebut, ibunya yang juga seorang pakar motivasi Dzuriasikim Dzulkefli berkata, jus tembikai yang dibuat oleh anaknya itu bukan sahaja memudahkannya tetapi menepati selera kerana tidak dicampurkan gula.

“Terkejut apabila buka peti sejuk, ada tiga botol jus tembikai.

“Rupanya anak lelaki saya buatkan jus tembikai yang pekat tanpa gula lalu dimasukkan dalam botol-botol terpakai ini sebelum dia pulang ke rumah sewanya pada Ahad lepas.

“Dia tahu air tembikai tanpa gula begini adalah kegemaran saya,” luahnya menerusi hantaran Fb.

Menurut Dzuriasikim lagi, apa yang dilakukan anaknya adalah salah satu kejutan yang penuh kasih sayang untuknya sebagai ibu.

Sebagai ibu dia juga begitu menghargai usaha anaknya walaupun ia mungkin dianggap kecil di mata orang lain.

“Saya hargai usahanya membeli buah tembikai, lalu dipotong, dimesin, dimasukkan ke dalam botol dengan cermat. Kemudian disusun dalam peti sejuk.

“Saya selalu berpesan kepada anak-anak, andai kita belum ada wang untuk bahagiakan orang lain, kita masih boleh bahagiakan orang dengan kudrat kita.

Anak soleh, sejuk perut mengandungkan… hadiah mahal buat puan daripada Allah.

“Masakkan untuk mereka, hulurkan bantuan tenaga bahkan memberi senyuman pun boleh membahagiakan orang lain,” tambahnya.

Berkongsi pengalaman membesarkan anak-anaknya suatu masa dahulu, dia menyatakan pernah terfikir sama ada mampu membesarkan mereka seorang diri atau sebaliknya.

Bahkan dia menyatakan sepanjang tempoh tersebut tidak mendapat bantuan daripada sesiapa pun melainkan Allah dan dengan izin-Nya.

“Suatu masa dulu saya sering berfikir apakah mampu membesarkan anak-anak saya seorang diri. Tanpa ada bantuan sedikit pun melainkan daripada Allah dan dengan izin Allah.

“Hari ini kesemua anak-anak semakin membesar dan mula membahagiakan saya,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Dzuriasikim turut menasihati golongan ibu supaya tidak berputus asa dalam menjaga dan mendidik anak masing-masing.

“Buat ibu-ibu berdikari, jangan tinggalkan anak-anak demi mencari kebahagiaan baharu,” tambahnya lagi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya dengan kebanyakannya meluahkan rasa syukur.

“Terbaik anak puan. Jangan kata air tembikai, anak ambilkan air masak pun suka dah.

“Alhamdulillah… inspirasi dan kata-kata semangat buat saya ibu berdikari, lima cahaya mata.

“Nikmat yang tidak terhingga jika anak-anak pula yang membahagiakan kita.

“Anak soleh, sejuk perut mengandungkan… hadiah mahal buat puan daripada Allah,” ujar beberapa warga maya.

Dalam pada itu, segelintir netizen lagi meluahkan rasa terliur apabila melihat gambar yang dikongsikan bersama hantarannya itu.

Sumber:hm