Jururawat Beremosi Pes4kit Kaitkan Tugas Tukar Lampin Dengan Gaji “Tak Padan Dengan S4kit , Mulut Tak Reti Jaga”

Kerja sebagai seorang jururawat sudah pasti sangat mencabar dan memerlukan tahap kesabaran tinggi.

Antara dugaan yang perlu dihadapi adalah berdepan pelbagai ragam serta kerenah pes4kit.

Melalui satu luahan di platform X, seorang jururawat wanita meluahkan rasa terkilan apabila mendengar kata-kata yang disifatkan sebagai bi4dab daripada seorang pes4kit di bawah pengawasannya.

Menurut jururawat tersebut, pes4kitnya itu merupakan seorang lelaki lanjut usia yang dipercayai uzur dan tidak lagi mampu menguruskan diri.

“Sedihnya dengar ayat seorang pakcik ni, dia cakap kepada saya, saya bayar gaji misi (jururawat) untuk cuci lampin pakai buang saya.

“Ingat kami h4mba kuli pakcik ke? Ingat ya, kami buat ni atas dasar ihsan je. Tak padan dengan s4kit tapi mulut tak reti jaga. Bila masanya dia bayar gaji kami.

“Kami siap keluarkan duit sendiri lagi untuk belikan tisu basah, lampin dan apa saja untuk pes4kit,” kata jururawat tersebut menceritakan isi hatinya.

Wanita itu kemudiannya mencadangkan agar pes4kit berkenaan pergi ke hspital swasta jika benar-benar berkemampuan.

“Geram la sejenis manusia yang fikir kalau pergi hospital kerajaan boleh suruh itu ini dengan alasan, mereka dibayar gaji atau itu memang kerja mereka. Sakitnya hati ni weh.

Faham sangat dilema seorang jururawat ini, semuanya sal4h kita walau apa pun yang berlaku.

“Ingat satu benda je, hspital tempat merawat bukan pusat kebajikan.

“Macam-macam dah yang pernah saya tengok berlaku di sini, ada yang anak tak nak ambil ayah pulang dari hospital, pilih untuk biar je dia mninggal di sini,” ujarnya.

Selain itu, wanita tersebut turut mengharapkan agar pesakit di hspital mempunyai empati terhadap jururawat.

“Kita sebagai manusia, tolong la ada common sense. Kalau nampak kami tengah sibuk, tolong la bersabar. Ini kelam-kabut duduk panggil kami semata nak minta ambilkan air.

“Lagi-lagi kalau pes4kit orang kena tuduh (OKT), minta tolong la dengan warden kau. Tapi mesti kau tak berani, kau hanya berani mengada dengan jururawat nak minta itu ini, memang kami report je terus.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

“Maafkan saya sebab mengadu perkara ini di media sosi4l, tidak wajar, tapi saya juga manusia biasa.

“Saya tak sampai hati nak sembur apa yang terpendam dalam hati ini kepada pesakit itu, kerana masih ada rasa hormat,” kata jururawat tersebut menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memahami situasi jururawat tersebut dan cuba memberikan semangat.

“Sabar ya, jawab elok-elok, faham sakit hati, tapi anggap ini ujian daripada Allah. Sungguh mulia tugas seorang jururawat dan sungguh besar pengorbanannya.

“Faham sangat dilema seorang jururawat, semuanya salah kita walau apa pun yang berlaku.

“Patutnya cakap je semua ni dekat pakcik tu depan-depan,” kata sebahagian warga ma

Sumber:HM