Hannah Delisha Keguguran!“Jumpa Nanti Di Syurga Sayang”

Takziah diucapkan buat pelakon Hannah Delisha yang mengalami kegugur4n pada Ahad.

Perkongsian khabar duk4 itu dikongsikan sendiri oleh Hannah sendiri menerusi aplikasi X.

Malah Hannah juga turut memberi kekuatan kepada wanita yang menerima nasib sama sepertinya.

“Saya memgalami kegugur4n untuk kandungan pertama ini.

“Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami kegugur4n,” ujarnya.

Menerusi ciapan itu, Hannah juga turut berdoa agar diberikan kekuatan untuk menempuh rasa kehilangan itu malah berharap agar dapat bertemu anaknya di syurga kelak.

“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi.

“Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini, ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi mereka menyedari mereka tidak bersendirian.

“Semoga Allah memberikan kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keselesaan.

“Insyallah jumpa nanti di syurga sayang,” tulisnya.

Meninjau di Insta Storynya, Hannah juga turut berkongsi keadaan dirinya yang kini dirawat di hspital.

Terdahulu, Hannah mendirikan rumah tangga bersama Iman Shah pada tahun 2021.

Sumber:IG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *