Tular w4rga emas jual buah potong tepi jalan guna basikal undang sebak

Setiap manusia pasti mempunyai perancangan jangka masa panjang di dalam hidupnya seperti bekerja, kemudian ke alam perkahwinan dan akhirnya bersara dengan simpanan wang yang mencukupi untuk menampung baki kehidupan yang ada.

Pun begitu, ada juga warga emas yang masih bekerja kerana bosan di rumah dan ada juga segelintir yang memerah keringat mencari rezeki meskipun di usia yang sudah lanjut demi kelangsungan hidup.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video se0rang wanita warga emas yang menjual buah potong di tepi sebuah kawasan jalan dipercayai di Kuala Kedah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikT0k @niatsampaikan1, kelihatan warga emas itu duduk bersendirian di bawah sebuah pokok pada waktu siang sambil menunggu pelanggan.

Dia juga hanya menjual buah potong pada harga yang murah iaitu RM2 dipercayai bagi setiap bungkusan buah.

Lebih memilukan, wanita tua itu juga menggunakan bahagian belakang basikal sebagai tempat meletak bakul jualan.

Seorang lelaki dipercayai pemilik video yang bersimpati melihat warga emas terbabit telah bertemu dengan wanita itu untuk menyerahkan sumbangan wang yang diamanahkan oleh orang ramai kepadanya.

“Alhamdulilah, syukur misi menyampaikan amanah duit orang ramai diteruskan dengan memberi sumbangan kepada seorang makcik (penjual buah). Terima kasih kepada semua penyumbang.”

Semasa kenderaan yang dinaiki lelaki terbabit berhenti, dapat dilihat warga emas itu menadah tangan sebagai tanda syukur kerana ada yang ingin membeli jualannya.

Lelaki itu turut membeli kesemua buah potong yang dijual oleh warga emas berkenaan dan memberikannya secara percuma kepada pengguna jalan raya di kawasan tersebut.

Malah, warga emas itu juga turut menitipkan doa selepas dia menerima sejumlah wang daripada lelaki terbabit.

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat warga emas berkenaan yang menjual buah potong dengan hanya menaiki basikal.

Kebanyakan netizen juga ingin mengetahui lokasi wanita itu berniaga kerana ingin membeli kesemua jualannya dengan niat untuk bersedekah.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *