“Rezeki tak disangka-sangka buat saya”Johan sebak dapat peluang tunai haji
Johan sebak dapat peluang tunai haji apabila mewakili 11 daripada pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Johan yang turut bersama isterinya, Ozlynn Wati ke Tanah Suci mengakui pada awalnya terkejut dan merasakan seakan satu scam apabila mendapat tawaran tersebut.
Tak peduli jika khabar gembira itu satu sc4m
Namun, Johan mengatakan sebenarnya dia langsung tidak peduli jika ia satu ‘scam’ pada awalnya kerana berita gembira tersebut cukup membuatkannya terharu.
“Saya sebenarnya tak peduli la. Berita gembira tu, buat saya menangis gembira. Saya tak peduli walaupun dia sc4m.
“Katakanlah benda tu scam, berita tu sahaja dah buatkan saya menangis gembira,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ozlynn turut berkongsi momen sewaktu suaminya memberitahu tentang berita tersebut kepadanya sehingga masing-masing menangis kegembiraan bersama.
“Mama, I tak tahu apa kebaikan yang I buat sampaikan Allah bagi I peluang ni. Kita pun macam tak percaya juga. Lepastu sama-sama menangis. Ohh rezeki ni rezeki,” katanya.
Johan sebak dipanggil di Tanah Suci walaupun banyak dosa
Tambah Johan lagi, dia seperti tidak menyangka kerana merasakan sebagai manusia dia mempunyai banyak dosa namun tetap dijemput oleh Allah ke rumahNya.
Dia juga sempat berkongsi doa yang diamalkan sekeluarga dan percaya bahawa doa berkenaan telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T sehingga dia berpeluang menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.
“Sebab kita banyak buat dosa. Allah tetap pilih kita untuk datang. Mahal lah benda tu. Sebab dalam doa kita, kita selalu doakan dan kita ajar anak-anak satu doa yang mungkin kita boleh share;
“Berikanlah kami rezeki yang tidak disangka-sangka setiap hari dan khabar gembira setiap hari”
“So untuk saya, ini adalah khabar gembira untuk saya dan rezeki yang tidak disangka-sangka, inilah dia,” ujarnya.
Terdahulu, memetik laporan dari Utusan Malaysia, Fasilitator Media Kementerian Media, Kerajaan Arab Saudi, Datuk Haji Izelan Basar, memaklumkan seramai kira-kira 2,000 pengamal media dan pempengaruh dijemput berbanding tahun lepas sebanyak 1,500.
Wakil media Malaysia yang dijemput tahun ini terdiri daripada TV AlHirah, Bernama TV, Astro Awani, UtusanTV dan Utusan Malaysia.
Selain berpeluang menunaikan haji, mereka juga berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran Pusat Media termoden dan tercanggih di dunia yang berkonsepkan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Jeddah.
Sumber: TikTok