Jnazah Selamat Dikebumikan ,Rupa-Rupanya Kerja Siang Malam Bantu Tanggung Kos Adik Kahwin

Kita hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan. Niat ‘rider’ ingin memudahkan urusan membina masjid buat adik perempuannya tidak kesampaian apabila terlibat dalam nahas pesawat terhemp4s di Bandar Elmina, Shah Alam.

Syukur urusan arwh dipermudahkan

Menurut laporan dari Harian Metro, adik arwh, Noorhidayah Muhammad Salleh, dia bersyukur apabila segala urusan membawa pulang jnazah abangnya itu dipermudahkan dengan bantuan pelbagai pihak.

“Saya tak tahu apa kebaikan abang saya sehingga Allah permudahkan segala-galanya untuk dia kembali kepada Allah,” katanya.

Mulianya hati seorang abang…

Semasa hidup, arwh pernah meluahkan hasrat untuk mencari wang bagi membantu membiayai k0s perkahwinan adik perempuannya.

Sebagai anak sulung dari 5 beradik, arwh sanggup bekerja siang dan malam bagi mengumpul wang biaya perbelanjaan tersebut.

‘Abang ada maklum nak balik awal…’

Menurut Noorhidayah, pada hari kejadian, abangnya itu memaklumkan yang dia akan pulang awal ke rumah.

Namun siapa sangka, ‘rumah hakiki’ yang menjemputnya dahulu.

“Abang kata dia memang nak balik awal, hari ini dia memang balik awal,” ujarnya.

Sekadar info, Muhammad Hafiz, 32 tahun merupakan salah seorang mngsa yang terk0rban dalam nahas pesawat ringan kelmarin dan dikebum1kan di perkuburan Islam Masjid Al Huda Kampung Jerong, Sungai Petani, Kedah.

Sumber: Harian Metro Noorazura Abdul Rahman, Berita Harian Hafidzul Hilmi Mohd Noor,OMM