Jejak Tanah Suci Buat Pertama Kali , Adira Minta Doa Orang Ramai

Menerusi hantaran Adira di Ig dua hari lepas, dia memaklumkan dia akan mengerjakan ibadah Umrah.

Memandangkan ini merupakan ibadah Umrahnya yang pertama, dia turut meminta orang ramai mendoakannya.

Katanya, dia ingin fokus menunaikan ibadah dan berharap agak tidak memikirkan masalah yang lain.

Bukan apa, katanya ini merupakan kali pertama dia berjauhan dengan anak-anak. Risau memikirkan mereka.

Jejak Tanah Suci Buat Kali Pertama, Adira Minta Doa Orang Ramai

Hantaran Instagramnya itu turut dapat komen dari rakan-rakan artis yang mendoakan perjalanan ibadah Umrahnya.

Antara rakan artis yang meninggalkan doa di ruangan komen ialah Bella Astillah, Zarina Zainuddin dan Elvina Mohamad.

“SEMOGA BAIK-BAIK SAHAJA KAKAK, TOLONG DOAKAN ADIK JUGA,” – BELLA ASTILLAH

“SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN,” – ZARINA ZAINUDDIN

Netizen juga turut mendoakan perjalanannya di ruangan komen. Ada juga yang memesan untuk mendoakan mereka.

“DOAKAN SAYA DAN KELUARGA DIJEMPUT LAGI KE TANAH SUCI,” – NETIZEN

Menunaikan Umrah pada bulan Syawal merupakan peluang yang besar. Tambahan pula, peluang itu sendiri diberikan oleh Pencipta kita.

Semoga ibadah Umrah Adira berjalan dengan lancar.

“Kepada Maduku Yang Cantik, Saya Sayang Awak Dunia Akhir4t” Video Adira & Datin Red Raih Perhatian Ramai!

Sumber: Ig Adira Suhaimi