Serangan jantung ialah punca kemati4n Nabil Mentor, ibu kongsi arwh ada mengadu rasa tak sihat

Kematian penyanyi dan pelakon Nabil Zamanhuri pada pagi Ahad adalah disebabkan ser4ngan jantung.

Perkara itu disahkan oleh ibunya iaitu Fatimah Abdullah yang berkongsi hasil laporan bed4h siasat yang dilakukan di Unit Forensik Hospital Ampang, Selangor.

Jelas Fatimah, kesibukan bekerja, tekanan, tidak menjaga pemakanan dengan baik mungkin menjadi antara faktor kesihatan anaknya terganggu.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya adalah disebabkan ser4ngan jantung yang mungkin berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, terlalu sibuk bekerja dan tekanan.

“Jika dia mengubah gaya hidup sihat mungkin perkara ini dapat dibendung.

“Arwh memang ada niat nak buat pemeriksaan kesihatan tetapi apakan daya tak sempat,” katanya

Fatimah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai proses pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburqn Islam Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Fatimah mengimbau beberapa hari lalu Nabil ada menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti sakit perut dan sukar bernafas.

Namun katanya, arwh mungkin tidak sedar akan petanda tersebut sebenarnya mengundang masal4h kepada kesihatannya.

“Beberapa hari lepas dia ada cakap tak sedap perut malah tidur pun terpaksa letak bantal pada bahagian belakang sebab sukar bernafas akibat hidung tersumbat.

“Mungkin petanda itu sudah ada, tapi sudah masanya dia pergi dan sebagai ibu saya reda,” ujarnya.

Bercerita mengenai Nabil, Fatimah menyifatkan arwah seorang anak yang taat dan pendengar yang baik.

Malah Nabil sentiasa ada jika dia memerlukan sebarang pertolongan.

“Dia seorang anak yang taat dan pendengar setia. Dia seorang family man.

“Kalau saya minta tolong, cepat sahaja dia sampai ke rumah saya. Dia selalu menasihati saya untuk banyak bersabar.

“Kalau dia tidak sibuk, dia selalu databg ke rumah saya untuk menonton filem bersama,” katanya.

Pada pagi Ahad, Nabil menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Hospital Ampang untuk bedah siasat.

Jenazah kemudiannya dibawa ke masjid di Ukay Perdana, Hulu Klang untuk dimandikan dan disolatkan.

Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 6.20 petang.

Lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan artis dan kenalan terdekat hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah pelakon pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, penyanyi Datuk Nora Ariffin dan personaliti media sosial, Ubaidillah Zulkefli.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata perempuan.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *