Jamal Abdillah tiada masalah jika isteri sanggup hamil lagi, Anak ramai pembuka rezeki.

Datuk Jamal Abdillah tiada mas4lah seandainya isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, sanggup hamil lagi dalam tempoh masa singkat meskipun sedar menerima kec4man segelintir pihak.

Penyanyi berusia 65 tahun itu berkata, d4kwaan mengatakan dirinya tidak prihatin terhadap kesihatan isteri adalah tidak benar.

D4kwaan itu timbul memandangkan anak ketiganya baru berusia dua tahun, manakala zuriat keempat pula setahun.

Pemilik nama Jamal Ubaidillah Mohd. Ali berkata, zuriat kelima bersama isterinya yang bakal dilahirkan pada awal tahun hadapan adalah kurniaan rezeki Allah yang mustahil ditolak.

Tegasnya, anak adalah kurniaan Tuhan selain mengikut keupayaan belahan jiwanya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 28, untuk hamil lagi.

“Semua terserah kepada isteri, kalau dia sanggup lagi, saya okey sahaja.”

“Soal zuriat tidak boleh dirancang kerana Tuhan yang tentukan. Kalau kita rancang macam mana pun tidak jadi juga tanpa izin-Nya,”katanya.

Katanya lagi, dia juga engan melayan kec4man daripada segelintir pihak sebaik sahaja isterinya mengumuman berita kehamilan.

“Saya terima rezeki ini kerana Allah, saya panggil ini anugerah.
Bagi saya, semuanya terserah kepada isteri. Jika dia mahu ‘ikat’, silakan dan kalau tak mahu pun saya ikut sahaja,” katanya, semalam.

Pada masa sama, bapa kepada tujuh orang cahaya mata itu turut menyatakan isteri yang kini dirawat di Institut J4ntung Negara (IJN) mengalami alahan terhadap ubat, bukannya hamil.

“Perkembangan terkini, isteri saya sihat. Alhamdulillah, dia sebenarnya mahu ikut pada hari ini tetapi masih perlu berehat.
“Dia alahan bukan sebab hamil. Dia masih lagi belum boleh makan, sudah masuk hari ke-12 asyik muntah-muntah,” ujar Jamal Abdillah.

Akuinya, dia kini hidup bahagia dan seronok bersama anak-anak. Malah, tidak berasa letih, bosan atau marah sekalipun.

Ini kerana dia menganggap kehadiran anak-anak adalah amanah terbesar dalam hidupnya serta terapi selepas penat bekerja.

“Sekarang saya rasa kehidupan bersama anak sangat menyeronokkan. Ini satu terapi bagi saya kerana tidak pernah rasa letih, bosan atau marah sekalipun.
“Ini adalah hiburan saya dan saya pun bukan jenis keluar rumah dengan anak-anak,”ujarnya lagi.

Sebelum ini, Jamal dikritik warganet selepas memaklumkan bakal menimang zuriat ketujuh dan isteri menerima rawatan di IJN.

Sumber: Hib Glam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *