Jaga dari kecil, atok diam-diam menangis hantar cucu masuk latihan polis

Tind4kan atok sorok-sorok menangis sewaktu menghantar cucu tersayang memasuki latihan p0lis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) telah menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian yang dibuat pengguna TikT0k dikenali sebagai Izzati, dia telah memuat naik momen menghantar ahli keluarganya ke PULAPOL bersama datuk yang kebetulan menjaga cucunya sejak dari kecil lagi.

Atok, Opah Tengok sampai habis 🥺 Dari sekecil kecil manusia, dia dijaga opah atok, tak pernah berpisah walau sesaat, tinggal pun sekali dengan maksu.

Hari ini, hari yang sangat hiba untuk opah atok lepaskan cucu kesayangan dia pergi untuk masa depan dia. Sedih? Tengok dari raut atok pun dah tahu, dia tak sanggup.

Sepanjang aku hidup, ini kali pertama nampak abah menangis, bukan disebabkan anak, tapi menangis disebabkan cucu lelaki dia. Atok, Opah sayang kamu sampai hujung nyawa.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat datuknya tidak dapat menahan sebak sewaktu berpelukan dengan cucu sebelum perpisahan tersebut.

Difahamkan, cucu kesayangannya itu sejak dari kecil lagi sudah tinggal bersama datuk serta nenek dan tidak pernah berpisah sehingga diterima masuk ke PULAPOL.

“Tengok sampai habis. Dari sekecil kecil manusia, dia dijaga opah atok, tak pernah berpisah walau sesaat, tinggal pun sekali dengan maksu.

Hari ini, hari yang sangat hiba untuk opah atok lepaskan cucu kesayangan dia pergi untuk masa depan dia,” tulisnya.
atok sorok-sorok menangis

Ujar pengguna TikTok itu lagi, dia pertama kali melihat datuknya menangis sepanjang hidup dan wrga emas itu sempat bergerak membelakangi cucu seakan enggan dilihat sewaktu sedang menangis.

“Tengok dari raut atok pun dah tahu, dia tak sanggup.
Sepanjang aku hidup, ini kali pertama nampak abah menangis, bukan disebabkan anak, tapi menangis disebabkan cucu lelaki dia.” tulisnya lagi.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata menyatakan individu yang tinggal bersama datuk dan nenek pasti faham dengan perasaan tersebut.

Mereka juga akui sebak melihat gelagat datuk kepada pengguna TikT0k itu yang berusaha tidak menitiskan air mata dihadapan ahli keluarga yang lain walaupun turut berasa sedih sama.

Semoga cucu tersayang dapat membanggakan insan-insan yang istimewa serta datuk dan neneknya diberi kesihatan yang baik bagi melihat cucu berjaya nanti.

Sumber: hm