J4ngkitan Kuman Di Paru-Paru Tidak Serius, Datin Alyah Dibenarkan Pulang Ke Rumah
Datin Alyah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Subang Jaya selepas tiba dari Tanah Suci Makkah pada Khamis lalu.
Menurut Alyah, keputusan itu dibuat selepas dirinya mengalami gejala batuk berpanjangan selama dua minggu.
Terbaru, pelantun suara ‘Kisah Hati’ ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Alyah dibenarkan pulang ke rumah hari ini, untuk menjalani proses berehat secukupnya selepas menerima rawatan di hspital.
Menurut pengurusnya, Aida Arisya, doktor memaklumkan mengenai kahak di bawah rusuk kiri dan jangkitan kuman di paru-paru tidak serius.
Alhamdulillah, Datin Alyah sudah semakin okay hari ini dan dibenarkan pulang ke rumah. Doktor maklumkan ada k4hak di bahagian bawah rusuk kiri dan dah diberikan ubat untuk mencairkannya.
Satu lagi yang dimaklumkan d0ktor adalah kewujudan jangkitan kuman di paru-paru, namun tidak serius. Tapi, dalam dua minggu lagi, Datin Alyah perlu sekali lagi menjalani pemeriksaan lanjut.
Tambah Aida, perubahan cuaca di Tanah Suci menjadi punca batuk berlarutan selama dua minggu yang dialami Alyah.
Disebabkan cuaca yang panas sangat di sana menyebabkan Alyah batuk berterusan selama dua minggu sejak berangkat ke sana.
Jadi, d0ktor nasihatkannya untuk mendapatkan rehat secukupnya di rumah selepas keluar dari hspital.
Sumber: Hm