Isteri tampil berniqab, Shukri Yahaya sokong perubahan jaga aur4t
Shukri Yahaya sokong perubahan jaga aur4t yang dilakukan isteri tersayang, Tya Adnan apabila kini tampil dengan imej berniqab.
Pilihan isteri sendiri
Shukri menyatakan penampilan Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 32 itu adalah pilihannya dan sudah terus mengenakan niqab sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.
“Saya rasa berniqab itu pilihan dia. Perubahan isteri saya itu sudah lama sejak dia jarang berkongsi perkembangan di media sosi4lnya,” katanya.
Shukri Yahaya sokong perubahan isteri
Perkara tersebut menjadi perhatian selepas Tya berkongsi video di media sosial miliknya apabila berkongsi momen sewaktu membuka bungkusan kelengkapan jnazah dengan mengaburkan wajahnya.
Menurut Shukri lagi, kali pertama melihat isterinya tampil berniqab secara terbuka sewaktu menghadiri sebuah acara bersama dan sempat menyangka bahawa ia berpenampilan sebegitu disebabkan baru sahaja pulang dari umrah.
“Awalnya kami sama-sama hadir sebuah acara bersama ketika itu dia memilih untuk berniqab.
“Bila ditanya dia memang nak berniqab bagi mengelakkan segala maksi4t. Tapi ketika itu saya rasa perubahan dia disebabkan baru pulang dari umrah.
“Tapi rupanya tidak… dia memang terus berniqab sejak itu,” ujarnya.
Shukri Yahaya sokong perubahan, gembira lihat penampilan isteri
Dalam pada itu, pelakon drama Andai Itu Takdirnya menyatakan sebagai seorang suami, dia tumpang gembira dan sentiasa menyokong perubahan isteri, lebih-lebih lagi ke arah kebaikan.
“Sebagai suami, saya terima perubahan yang baik dari isteri saya. Saya juga bersyukur mendapat isteri yang menjaga aur4tnya,” ujarnya.
Terdahulu, perkongsian Tya Adnan di media sosi4l telah mendapat perhatian ramai apabila para pengikutnya akui terkejut dengan penampilan terkini pempengaruh berkenaan.
Mana tidaknya, dia yang memakai pakai serba hitam turut menutup wajah menggunakan niqab serta mengaburinya sewaktu memuat naik video sedang membuka bungkusan kelengkapan jnazah.
Dia juga lebih banyak berkongsi hantaran-hantaran bersifat ilmiah di media sosi4l serta tiada lagi gambar yang mendedahkan wajahnya kecuali sewaktu menunaikan umrah tempoh hari.
Sumber: TikT0k tyaadnan