Isteri Tak Tahan Rindu Ajak Suami Pergi Ziarah Kubur Anak, Walaupun Masih Berpantang . Teresak-Esak Nangis Ketika Hias Rumah Baharu

Keterujaan pasangan ini menimang cahaya mata kedua berakhir dengan kekecewaan apabila si isteri mengalami kegugur4n.

Menerusi video dikongsikan oleh Jefrydesilva, dia dan isterinya, Mira yang masih dalam tempoh berpantang pergi menziarahi pusara anak syurga mereka yang diberi nama Ahmad Firdaus.

Ketika di dalam kereta, suami berpesan kepada isterinya supaya tidak menangis ketika menghiasi ‘rumah’ baharu anaknya itu.

“Senyum ye, jangan menangis-nangis lagi hari ni. Nanti dia sedih,” pesannya kepada si isteri sebelum keluar kereta.

Menurut Jefry, sebelum ini, Mira sudah pun berkali-kali meminta dia membawanya ke kubur kerana dia mahu menghiasi pusara anaknya.

“Mira mesej saya banyak kali sampai merajuk dah tunggu saya balik kerja.

“Nak buat rumah baharu untuk Firdaus. Saya turutkan kerana sayang,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen video di TikT0k.

Seperti yang dipaparkan, Jefry membawa beberapa kuntum bunga, batu kerikil dan plastik penghadang yang dibeli di kedai perkakasan untuk dipasang di sekeliling kubur anaknya.

Sewaktu masuk ke perkarangan kubur dalam cuaca hujan, kelihatan Mira yang berkain batik menahan sebak sambil melangkah menghampiri pusara anaknya.

Jefry juga sempat merakam ‘perbualan’ menyentuh emosi si isteri bersama anaknya sejurus tiba di kubur tersebut.

“Sayang anak ibu. Terima kasih adik (panggilan Firdaus).

“Ibu datang… Alhamdulillah,” kata isterinya.

Tisu betul hati saya. Terjoin menangis.

Selesai menghias kubur, isterinya dilihat tidak lagi dapat menahan air mata ketika membacakan doa, mungkin kerana terlalu rindu.

Bagaimanapun, wanita itu kelihatan kembali tersenyum setelah selesai menziarahi dan menghiasi pusara anaknya.

Jika diteliti ruangan komen, Jefry membalas komen netizen menjelaskan bahawa anaknya, Ahmad Firdaus mninggal dunia 7 Disember lalu pada usia 16 minggu akibat jangkitan.

Rata-rata netizen di ruangan komen juga turut sebak dengan perkongsian dibuat dan mendoakan pasangan suami isteri ini kuat menghadapi ujian.

“Tisu betul hati saya. Terjoin menangis.

“Sabar ye Mira dan Jefry Arwh Firdaus anak syurga akan ditempatkan bersama orang beramal soleh.

“Bang sedih bukan bermakna lemah bang. Biarlah dia menangis. Penat tau simpan-simpan,” komen beberapa net1zen.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *