Isteri selamat bersalin bayi lelaki,Daler Yusuf kini bapa 4 anak,

Isteri pelak0n Daler Yusuf selamat melahirkan bayi lelaki secara pembed4han pada Selasa.

Daler atau Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 32, memaklumkan pembedahan isterinya iaitu Sakinah Burukul juga lancar walaupun terpaksa melakukan caesearan kecemasan.

“Syukur Alhamdulillah berkat doa dan semua di bulan Ramadan ini. Pembedahan berjalan lancar,” katanya.

Daler memaklumkan isterinya terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan.

Daler berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Daler memaklumkan isteri dan anak lelakinya kini berada dalam keadaan baik.

Pelakon drama Nota Buat Cempaka turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan dan berharap agar bayi yang dilahirkan menjadi anak yang soleh.

“Alhamdulillah bayi dan isteri saya sihat. Terima kasih atas doa-doa semua. Kami bersyukur kerana menyambut kelahiran cahaya mata ini di bulan Ramadan.

“Moga jadi anak yang soleh dunia dan akhirat,” ujarnya.

Sebelum itu, ketika ditemu bual mStar, Daler memaklumkan isterinya terpaksa bersalin secara pembedahan kecemasan bagi menyelamatkan kandungan yang kini mencecah usia 36 minggu.

Daler mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan bersalin isterinya.

Kata Daler, pembedahan itu terpaksa dilakukan selepas doktor mendapati bayi mereka berada dalam kedudukan songsang.

Sebelum ini, Daler mengejutkan peminat apabila mendedahkan sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sakinah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yusuf, 10, Amira, 8, dan Abu Bakar, 5 tahun.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *