Tak sangka perbualan terakhir, suami sempat telefon isteri sebelum nahas r4gut nyawa 2 beranak dalam perjalanan ke sekolah
suami sempat menelefon isterinya sebelum wanita itu maut bersama anak bongsu mereka dalam kemal4ngan.
Khairul Rahmat Mohammed Tahir, 35, tidak menyangka panggilan telefon yang dibuat pada pukul 7 pagi Khamis merupakan perbualan terakhirnya bersama isteri.
Isterinya, Sakinah Kamarudin, 37, dan anak bongsu, Aisyah Qaisara Khairul Rahmat, 9, m4ut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi Khamis di Kilometer 12.5 Jalan Kuala Kangsar-Manong, dekat Ulu Kenas, di Kuala Kangsar.
Sementara itu, anak sulungnya, Nur Safa’ Rafissah, 10, mengalami kecederaan par4h di kepala.
Khairul Rahmat yang merupakan peniaga berkata, dia berada di Hospital Kuala Kangsar kerana menjaga bapanya yang s4kit sambil menambah hanya mengetahui nahas berlaku sebaik dihubungi kerani sekolah.
Menurutnya, menjadi rutin isterinya untuk menghantar kedua-dua anak mereka ke Sekolah Kebangsaan (SK) Lempor, sebelum pergi ke tempat kerja.
“Pagi tadi saya sempat hubungi isteri untuk tanyakan tentang anak-anak, ketika itu arwah beritahu dia baru hendak keluar menghantar anak ke sekolah.
“Dalam perbualan tu, arwh seperti biasa sahaja. Tak sangka itu adalah perbualan terakhir kami,” katanya
Khairul Rahmat memberitahu, dia terus bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada kerani sekolah.
“Tetapi waktu itu mereka sudah tidak ada (mninggal dunia),” ujarnya sebak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki mngsa jenis Honda City hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum berpusing dan masuk ke laluan bertentangan.
Menurutnya, ketika itu datang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire yang tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku rempuhan di sisi kereta.
“Pemandu dan penumpang hadapan Honda City berjaya dikeluarkan anggota bomba dan disahkan mninggal dunia di tempat kejadian.
“Penumpang belakang pula mengalami kecederaan par4h di bahagian kepala, manakala pemandu MPV berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Soffian Rosman di talian 014-5671803 atau 05-7762222 bagi membantu siasatan.
Sumber:HM