Isteri Dedah Arwh Tia Jinbara Selalu Ajar Anak Mengaji Supaya ..”Sayang Anak Tiri Seperti D4rah Daging”
Isteri arwh Tia Jinbara menyifatkan suaminya seorang yang sangat baik selama 14 tahun mereka hidup bersama. Menurut Suzan, arwh suaminya juga merupakan seorang bapa yang penyayang.
Nak tengok anak terima skrol
Menerusi laporan BH Online, Suzan memberitahu arwh seorang yang bersemangat dan mahu kekal sihat demi melihat kejayaan anak-anak.
Arwh nak tengok anak-anak terima skrol. Walaupun hanya bapa tiri, tapi arwh adalah bapa yang penyayang. Beliau menyayangi tiga anak saya menerusi perkahwinan
terdahulu seperti darah daging sendiri. Anak-anak membesar dengannya sejak kecil sehinggalah dewasa.
Arwh juga mengajar anak-anak mengaji. Arwh selalu cakap kepada anak-anak yang dia ajar mengaji supaya mereka dapat mengaji untuknya suatu hari nanti.
Beliau sangat titik beratkan solat dan pendidikan, selain memang mendahulukan keluarga dalam segala hal.
Ujar Suzan, dia juga belum bersedia kehilangan suaminya kerana arwah disifatkan sebagai suami yang sangat baik selama 14 tahun hidup bersama.
Saya cakap kepadanya, ‘sayang, banyak lagi benda kita nak buat bersama’. Siapa nak baiki kereta dan potong rumput jika awak tiada? Selama ini,
arwh buat segala-galanya untuk saya dan anak-anak. Saya tak dapat bayangkan macam mana hidup tanpa arwah. Namun, Allah lebih menyayanginya.
Tambah Suzan, dia sanggup ketepikan malu untuk menubuhkan tabung bantuan Tia Jinbara bagi mencari dana RM250,000 bagi membolehkan pembedahan pemindahan hati dilakukan di India.
Saya buang malu demi suami. Saya memang memerlukan bantuan segera bagi menjalani pembedahan pemindahan hati secepat mungkin.
Sebelum buat keputusan ini, saya terlebih dahulu berbincang dengan doktor penyelaras iaitu Dr Mohd Zaqrul Razmal. Dr Mohd Zaqrul beritahu hospital di Malaysia tiada kemudahan untuk pembedahan pemindahan hati dan dan mencadangkannya dilakukan di India.
Hospital yang dicadangkan ini pakar dalam melakukan pembedahan pemindahan hati dan ada banyak sejarah kejayaan. Jadi, Dr Mohd Zaqrul cadangkan agar kutipan dana dilakukan segera. Saya terima kira-kira RM3,000 sejak tabung dibuka.
Terima kasih kepada pemberi sumbangan, namun apakan daya, hasrat tak kesampaian.
Sekadar info, jnazah bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenarnya, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, selamat dikebumikan jam 10.03 pagi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kota Raja, Klang.
Lebih 200 jemaah termasuk rakan industri hadir memberikan penghormatan terakhir.
Sumber: BH Online