Kongsi foto ‘baby bump’, Da’i Syed dan isteri bakal timang cahaya mata tak lama lagi

Da’i Syed berkongsi khabar gembira apabila isterinya iaitu pengacara Hana Ismail kini sedang berbadan dua.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syed atau Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 29, memaparkan dia dan Hana sedondon mengenakan baju raya berona hijau.

Malah dalam foto tersebut dapat dilihat Hana memegang perut sekali gus menampakkan baby bump.

“Makan apa Hana Al Mauzah, lain macam.

“Apa pun kami ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin,” katanya ringkas.

Malah menerusi perkongsian Instastory miliknya, Syed juga memberitahu tahun hadapan meraka bakal beraya bertiga.

“Tahun depan Insya-Allah sudah tidak berdua lagi,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan khabar tersebut.

“Masya-Allah makan terlalu kenyang sangat itu.

“Raya-raya memang seronok makan, tahniah Syed dan Hana,” antara komen netizen.

Julai tahun lalu, kehamilan Hana berjaya dihidu peminat selepas pasangan ini berkongsi video mempromosikan produk kesihatan wanita di laman Instagram.

Bagaimanapun, mereka memilih mengunci mulut mengenai khabar tersebut sebelum Hana mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah usia 10 minggu.

Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022 di Kuala Lumpur.

Sumber:Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *