Inteam Kenang Persahabatan , Abadikan Lagu Harum Setangkai Doa Buat Suhaimi Saad

Kumpulan nasyid Inteam mengabadikan sebuah lagu berjudul Harum Setangkai Doa buat bekas anggota kumpulan itu, Allahy4rham Suhaimi Saad yang telah mninggal dunia pada 15 November lalu.

Inteam sebak, hasil muzik video kenangan bersama

Salah se0rang anggota Inteam, Hisyam Ahmad berkata, proses penghasilan muzik video Harum Setangkai Doa merupakan saat paling pilu dan beremosi kerana dirinya tidak mempunyai banyak gambar kenangan bersama arwh.

“Setiap kali saya tonton semula muzik video lagu ini, memang ada rasa kecewa sebab tidak dapat bersama dengan arwh Suhaimi ketika masih hidup.

“Boleh saya katakan bahawa lagu dan muzik video ini adalah yang paling menyentuh hati kerana hanya ada sedikit kenangan bersama arwh,”ujarnya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Media Inteam Records, semalam.

Ceritanya lagi, anggota Inteam lain turut mencari gambar-gambar lama bersama arwh untuk kongsikan kenangan serta menyampaikan mesej mengenai peritnya kehilangan seorang sahabat seperti Suhaimi Saad.

Sementara itu, seorang lagi anggota, Abdul Rahim Osman berkata, lagu itu juga mengenai persahabatan mereka walaupun penyanyi berusia 43 tahun itu tidak lagi bersama sejak tahun 2005.

Ujar Abdul Rahim meskipun mereka berpisah namun hubungan sesama anggota tetap utuh dan berkesempata untuk menziarahi arwh ketika di hujung hayatnya.

“Kami ingin tunjukkan secara hitam putih, bagaimana kami berpisah pada 2005. Dalam video muzik ini, anda akan dapat lihat gambar-gambar dan hubungan baik kami walaupun selepas perpecahan itu.

“Alhamdulillah, kami diizinkan Allah untuk berjumpa dan menziarahinya ketika di hujung hayat arwh. Kami juga ada keluarkan karyanya yang berbentuk zikir dan itu adalah antara usaha kami untuk meneruskan legasinya,” katanya.

Bagi Hazamin Harun pula, dia sebagai sahabat bersyukur kerana pemergian Suhaimi membuka banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup.

“Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit teruk. Waktu itu, dia cakap ‘kosong-kosong’,

maksudnya kami saling bermaaf-maafan. Biasalah, dalam persahabatan tentu ada perselisihan faham.

“Yang paling kami bersyukur adalah pemergiannya membuka banyak cerita-cerita baik daripada orang ramai mengenai diri arwh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mereka turut mengumumkan kolaborasi terbaharu bersama penyanyi Khai Bahar bagi merakamkan semula lagu Rabiatul Adawiyah 2024.

Lagu berkenaan telah dilancarkan pada 8 Mac lalu dan kini berada di seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox dan YouTube Inteam Digital.

Selain itu, mereka turut menerbitkan album Zikir Munajat alunan Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz selain nyanyian semula lagu-lagu raya malar segar yang disampaikan oleh barisan selebriti di bawah naungan Inteam Digital.

“Untuk makluman, Inteam Digital telah mengeluarkan lebih 1300 video islamik di rangkaian YouTube kami dan menyasarkan jumlah sejuta langganan akan dicapai pada tahun 2024 ini.

“Tahun ini pula, kami akan melancarkan album 30 juzuk penuh bacaan Sheikh Asfandyar Dilawar yang merupakan Qari dan Imam dari

Pakistan serta Syeikh Moutassem Billah, Imam dari Syria iaitu bacaan Al-Quran 30 juzuk.

“Bahkan, insyaAllah beberapa Qari tempatan lain juga sedang giat merakam Bacaan Al-Quran 30 juzuk untuk dilancarkan pada tahun-tahun akan datang,”ujar mereka.

Sumber:hm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *