“Dengar doa, berjurai air mata..”Intan Najuwa jemput anak2 tahfiz ke majlis tahnik Imane Lunara
Datin Intan Najuwa telah mengadakan majlis tahnik untuk cahaya mata sulungnya, Imane Lunara, baru-baru ini.
Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid turut menjemput anak-anak tahfiz ke majlis tersebut yang diadakan secara sederhana di kediamannya.
Dalam perkongsian tersebut, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu gagal menahan sebak apabila mendengar doa yang dibacakan oleh anak-anak tahfiz buat anaknya.
“Sejak jadi mak-mak ni, dengar doa macam ini berjurai-jurai air mata, haih mommy hati tisu,” ujarnya dalam sebuah hantaran di laman TikToknya.
Dalam pada itu, Intan mendoakan agar Imane Lunara dapat membesar dengan baik dan sihat serta menjadi anak solehah kepada orang tua kelak.
“Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik dan solehah my Imane Lunara.
“Dari dia dalam perut mommy selalu suruh anak-anak tahfiz selalu doakan untuk dia. Mommy love you so much. One day you will see all the small things that i did for you,” katanya.
Terdahulu, Intan selamat melahirkan anak perempuan sekitar 15 Disember 2024 dan memilih nama Imane Lunara buat cahaya mata sulungnya itu.
Sekadar info, Intan telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf pada 18 Ogos lalu.
Sumber: hm