Ini Reaksi Bapa Kepada Along Spoon , Hukuman Terhadap Pembu’nuh Anaknya Dipinda.
Bapa kepada Allahy4rham Along Spoon tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung keputusan Mahk4mah Persekutuan meminda hukuman terhadap pembu’nuh anaknya pada Khamis.
Tengku Syafie Tengku Yusuf atau lebih mesra disapa Pak Engku berkata, tiada apa yang mahu diperkatakan selepas mendapat tahu hukum4n penjara seumur hidup yang dikenakan dipendekkan kepada 33 tahun terhadap bekas angg0ta polis, Mohamed Ya’acob Demyati.
“Kalau komen berkenaan perkara itu (keputusan mahk4mah), saya tidak mahu ditemu bual. Maafkan saya.
Mohamed Ya’acob Demyati dijatuhkan hukuman penjara selama 33 tahun.
“Saya tidak mahu beri ulasan berkenaan perkara itu,” katanya
Pada Khamis, Mahkamah Persekutuan meminda hukuman penjar4 seumur hidup kepada penjara 33 tahun terhadap Ya’acob yang disabitkan bersal4h atas tuduhan membvnuh penyanyi berkenaan pada 1999.
Hukuman baharu itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 4 Januari 2000 iaitu sudah 23 tahun menjalani hukum4n penjara.
Ya’acob turut terlepas hukuman sebatan atas faktor usia kerana berumur lebih 50 tahun.
Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya’acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu,
didakwa membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.
Along Spoon popular dengan lagu Rindu Serindunya.
Along Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.
Pada 2 November 2010, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir dibuat Ya’akob dan mengekalkan hukuman gantung terhadapnya.
Bagaimanapun hukuman itu diringankan kepada penjara seumur hidup selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.
Sumber:HM