Ini Petua Supaya Sotong Yang Dimasak Tak Mengecil Saiznya Dan Berbau Hanyir.

Petua Supaya Sotong Dimasak Tak Mengecil Saiznya – Supaya saiz sotong kekal sama, tak mengecut dan tak berbau hanyir boleh ikut tip yang dikongsi Zin Rose

Hidangan sotong terutama sambal sotong memang sedap. Tapi silap cara masak, sotong yang mula-mula beli besar saiznya boleh jadi kecut atau mengecil. Lagi tak best bila sotong berbau hanyir.

Baca juga di: Bila Hujan Dan Cermin Depan Kereta Berkabus, Guna Fungsi Ini Untuk Hilangkannya. Ramai Tak Tahu – Mimbar Raudhah

Petua Supaya Sotong Dimasak Tak Mengecil Saiznya

1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulangnya. Lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong.

2. Masukkan sotong dalam periuk dan rebus bersama 4-5 keping asam keping.

Petua supaya sotong yang dimasak tak mengecil saiznya

3. Rebus sotong 5-8 minit kemudian tutup api dan tos.

4. Selepas masak boleh lihat hasilnya, saiz sotong kekal tak mengecut pun dan kepala sotong pun elok saja melekat pada badan sotong tadi.

Kemudian bolehlah masak sotong ikut cita rasa.

Sumber : Zin Rose via mr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *