“Ini Adalah Kali Terakhir” 2 Beranak M4ut Kemalangan Rupanya Dalam Perjalanan Ke Majlis Tahlil .

Pemergian seorang ketua keluarga cukup memberi impak besar buat famili ini.

Begitulah yang dirasai Ummu Noor Hafshah Mohd Zuki, 28, anak sulung kepada mngsa kemalangan m4ut di Kilometer 37 Jalan Gua Musang ke Jeli, Kelantan pada Khamis.

Dalam insiden itu, bapanya, Mohd Zuki Mohamed Ali, 55, bersama dua adik lelaki, Muhammad Hasbullah, 15, dan Muhamad Huzaifah, 18, dalam perjalanan ke Dabong, Kuala Krai untuk menghadiri majlis tahlil malam ke-40 arwh datuk mereka kira-kira jam 5.30 petang.

Menurut Ummu Noor Hafshah. keluarganya menerima panggilan daripada seorang individu kira-kira jam 6.20 petang menggunakan telefon bimbit Muhamad Huzaifah, memaklumkan bapa dan dua adiknya terb4bit kemalangan.

“Seminggu sebelum ini memang ada perubahan sikap arwh abah yang lebih banyak diam. Namun kami tidak mengesyaki apa-apa.

“Malah arwh yang mengajak dua adik lelaki bersama untuk ke majlis tahlil arwh datuk di Dabong dan katanya ini adalah kali terakhir,” kata Ummu Noor Hafshah, memetik laporan Harian Metro.

Pemandu ambulans dan anak lelakinya m4ut apabila kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori muatan kayu. 

Dalam kejadian 6.15 petang Khamis, Mohd Zuki yang juga pemandu ambulans dan Muhammad Hasbullah,15, m4ut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori muatan kayu.

Muhammad Hasbullah baru seminggu tinggal bersama keluarga di di Kampung Kerinting, Gua Musang kerana sebelum ini belajar di sekolah tahfiz.

“Adik baru bertukar ke Sekolah Menengah Agama (A) Maahad Muhammadi Gua Musang minggu lalu.

“Arwh bersungguh untuk bertukar sekolah kerana ingin bersama keluarga,” katanya yang mempunyai lapan adik-beradik.

isteri mngsa, Noor Azizah Ismail, 51, berkata kehilangan dua ahli keluarga sekelip mata adalah uji4n amat berat namun dia reda dan akan kuatkan semangat demi anak-anak.

Jnazah dua beranak selamat dikebum1kan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting pada Jumaat.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *