“Mereka akan edar buat golongan asnaf, ibu tunggal..”Infak Fattah Amin diberikan kepada masjid
Pmw mended4hkan infak Fattah Amin akan diberikan kepada masjid yang terpilih.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh jenama kambing perap itu di laman TikT0k, pihaknya memaklumkan menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai untuk meminta bantuan.
Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk mengagihkan infak Fattah kepada masjid yang akan bert4nggungjawab menyalurkan sumbangan itu kepada golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah masing-masing.
“Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan.
“Sejak dari semalam, berderu call masuk dan DM dari orang ramai minta pertolongan. Kami berbincang ambil langkah beri kepada masjid dan masjid akan edar buat golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah.
“Duit komisen tak masuk 1 sen dalam poket Pak Mat ya. Yang komen, memang nak kena cili mulut,” katanya.
Terdahulu, Fattah Amin tolak komisen hasil jualan kambing perap yang berjaya terjual hampir 10,000 set dengan setiap satu set mempunyai tiga pek sepanjang tiga jam bersiaran di platform TikTok, baru-baru ini.
Difahamkan, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin mahu menyalurkan komisen sekitar lebih 90,000 tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Sumber:hm