Imran Bard “Mak Aku Ajar Anak Jantan Kena Pandai Buat Kerja Rumah”
Pempengaruh media sosi4l Imran Bard menyatakan dia dan adik beradiknya telah dididik oleh ibu mereka untuk melakukan kerja rumah seperti mengemas dan memasak sejak kecil.
Pandai buat kerja rumah
Menerusi perkongsian di TikT0k, Imran berkata, meskipun dia anak lelaki, namun ibunya tetap mengajarnya cara menguruskan kerja rumah yang sepatutnya dilakukan kaum wanita.
Kata Imran, didikan tersebut akan diguna pakai kelak sekiranya dia mendirikan rumah tangga.
Aku ada adik beradik lelaki ramai, adik beradik perempuan ada seorang sahaja, tapi yang perempuan dah keluar ikut suami.
Yang jadi anak dara itu aku, faham tak? Kalau orang datang rumah cakap ‘rajin anak dara ni’, aku pun tersipu malu (seloroh).
Mak aku dari kecil dah ajar anak-anak dia, tidak kisah lah jantan (lelaki) ke perempuan tetap kena pandai buat kerja rumah.
Kalau jantan kena pandai buat kerja perempuan, sebab esok lusa anak bini mengandung, tak kan diam melepek rumah berserak.
Dengan kain baju menimbun, tak akan nak suruh bini dalam pantang lipat kain kan.
Dalam perkongsian sama, Imran berkata, ibunya tidak pernah membezakan antara anak lelaki mahupun perempuan.
Mak aku tiada diskriminasi atau membeza-bezakan anak lelaki mahupun perempuan. Jantan tetap kena buat kerja perempuan.
Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas bersetuju dengan pandangan yang diutarakan pempengaruh itu.
Sumber: TikT0k,ohbulan