Impian Tercapai Sebelum Pergi , Suami Dapat Bekerja Gomen Walaupun Cuma 23 Hari . Isteri Dedah Arwh Tak Jemu Tunggu Panggilan

Seorang wanita menerima plak dan sijil penghargaan bagi pihak arwh suaminya yang berkhidmat selama 23 hari di sektor kerajaan mendapat perhatian ramai.

Shazrulrita Norsham, 40, ketika dihubungi berkata suaminya Mohd Fais Basir, 33, sempat merealisasikan cita-cita dan keinginan untuk menjadi penjawat awam sebelum dijemput Ilahi pada 9 Ogos lalu.

Menurut Rita yang sudah berumah tangga lebih lapan tahun, suaminya sebelum ini bekerja di sebuah kilang dan turut menjadi penghantar makanan sebelum mula bertugas sebagai Pembantu Operasi di Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) Alor Gajah, Melaka.

“Lepas suami dapat surat tawaran kerja tu memang wajahnya nampak ceria sangat. Mana taknya, selepas bertahun-tahun dia mencuba, akhirnya impian dia jadi kenyataan.

“Saya memang terharu dengan kesungguhan suami yang nak sangat kerja di sektor awam atas niat nak ubah nasib kami sekeluarga. Sebelum ni suami memang berhemp4s pulas bekerja di kilang dan sebagai rider Foodpanda.

“Tapi tak sampai sebulan bertugas, dia pergi meninggalkan kami sekeluarga. Dia terlibat dengan kemal4ngan jalan raya sewaktu dalam perjalanan nak ke tempat kerja,” ujarnya menceritakan semula kisah tragis menimpa suaminya.

Sebagaimana dikongsikan di TikT0k, Rita hadir bersama anak tirinya mewakili arwh untuk menerima sijil yang disampaikan pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2023 di sebuah hotel.

Tidak putus-putus memberitahu bahawa dirinya bangga dengan suami, wanita yang berasal dari Bukit Rambai, Melaka ini turut berkongsi hasrat arwh yang ingin mendapatkan cahaya mata dengannya.

“Sebenarnya memang lama suami cuba nasib. Bertahun-tahun dia cuba memohon pekerjaan diimpikan dan akhirnya dapat. Walau khidmatnya sekejap saja jika nak banding dengan orang lain tapi saya cukup bangga dengan arwh.

“Selama ni memang dia berdoa dapat kerja dengan kerajaan. Selain tu suami pernah juga beritahu saya lepas dah dapat kerja ni, dia nak doa supaya kami diberikan peluang ada zuriat bersama pula.

Suami pernah juga beritahu saya lepas dah dapat kerja ni, dia nak doa supaya kami diberikan peluang ada zuriat bersama pula.

“Tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Semua perjalanan yang kami lalui ini adalah aturan-Nya sebab Allah sebaik-baik perancang,” ujarnya yang reda dengan apa terjadi.

Hantaran dimuat naik di TikT0k turut mendapat perhatian oleh rakan-rakan sekerja Fais apabila ramai yang memuji kebaikannya selama berkhidmat bersama.

Dalam pada itu, Rita turut meluahkan rasa syukurnya apabila keinginan suami selama ini tercapai serta menjadikan semangatnya sebagai pendorong kehidupan.

“Apa yang orang nampak hanyalah 23 hari perkhidmatannya tapi saya lihat sendiri usaha dan perjalanan ditempuhi untuk capai semua ini cukup panjang buat suami.

“Semestinya saya sebagai isteri berbesar hati sewaktu menerima penghargaan mewakili arwah. Semangat arwah selama ini merupakan kekuatan saya sekarang untuk teruskan kehidupan tanpa dia,” katanya lagi.

Mohd Fais mninggal dunia setelah terlibat dengan kemal4ngan jalan raya membabitkan dua buah motosikal di Jalan Bukit Rambai berhampiran susur keluar Taman Rambai Jaya pada 9 Ogos pukul 7.40 pagi.

Dalam kejadian itu, motosikal Yamaha Y15ZR ditungg4ng Fais dirempuh motosikal jenis skuter yang keluar dari simpang jalan menyebabkan arwah tercampak dan disahkan m4ut di lokasi.

Sumber:HM