Imam tidak dapat menahan sebak ketika solat jnazah pelajar UiTM, terpaksa henti bacaan tenangkan diri

Imam sebak ketika solat jnazah pelajar UiTM Dungun yang m4 ut selepas dirmpuh oleh sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) kira-kira jam 7 malam semalam.

Menerusi perkongsian di Astro Awani, Imam Pusat Hidayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Adam Ali dilihat tidak dapat menahan sebak apabila beberapa kali menghentikan bacaan bagi menenangkan diri dengan cara menarik nafas.

Ujarnya, sepanjang 10 tahun menjadi imam, ini kali pertama solat secara berjemaah begitu ramai lebih-lebih lagi melibatkan kem4tian.

“Saya juga sebak memikirkan mereka yang dianggap seperti anak apatah lagi mereka maut dalam proses menuntut ilmu, jadi ketika solat jenazah tadi, timbul rasa sebak dan sedih,” katanya.

Ujar Muhammad Ali, hatinya menjadi sayu apabila membayangkan wajah ahli keluarga yang datang dalam keadaan sedih dan sebak.

Di akhir kenyataannya, dia memohon agar kita semua dapat mendoakan ketiga-tiga pelajar yang telah mninggal dunia dan berharap supaya keluarga mngsa kuat menghadapi dugaan tersebut.

“Sebagai imam, saya memohon untuk bersama-sama kita doakan kemudahan untuk mereka ketika menghadapi Allah SWT dan kekuatan untuk ahli keluarga mngsa dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Terdahulu, tiga orang pelajar UiTM cawangan Dungun Terengganu iaitu Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, m4 ut apabila dua motosikal jenis Yamaha LC135 serta Yamaha Y15 yang ditunggangi mereka dirmpuh kenderaan Honda CRV dipandu seorang wanita.

Mngsa yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke universiti selepas makan malam dilaporkan turut diseret hampir 60 meter.

Seorang lagi mngsa, Ammar Danish, 20 pula mengalami keced,eraan p4rah dan sedang mendapatkan rawatan di Hspital Dungun.

Sumber: hm