Imam mninggal dunia, rebah ketika sedang sampaikan kuliah Maghrib

Imam mninggal dunia selepas rebah ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Al Falah, Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang, di sini, semalam.

mngsa Ismail Md Taib, 75, disahkan mninggal dunia selepas solat Maghrib kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mngsa tiba-tiba rebah sewaktu menyampaikan kuliah agama dan ketika itu anaknya ada bersama.

Beliau berkata, warga emas dikenali Paksu Eil kemudiannya dihantar ke Hspital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan mninggal dunia.

“Namun, dia mempunyai rekod masalah kesihatan seperti kencing manis, dar4h tinggi dan kolesterol.

“Wrga emas itu meninggal dunia disebabkan sakit tua dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Rebah ketika sampaikan kuliah agama
Sementara itu, anaknya, Muhammad Faiz Helmi, 32, berkata, kejadian berlaku sewaktu bapanya sedang menyampaikan kuliah agama di hadapan lebih 40 jemaah di masjid itu.

Ketika kejadian, bapanya sedang mengajar namun tiba-tiba mendiamkan diri sebelum rebah.

“Ketika itu suasana menjadi sepi sebelum arwah yang duduk di ruang hadapan saf rebah ke kiri.

“Saya dan ahli jemaah lain bergegas ke situ dan dimaklumkan arwah sudah tidak bernyawa sebelum membawanya ke Hspital Kuala Nerang.

“Bagaimanapun d0ktor mengesahkan ayah meninggal dunia di situ,” kata Muhammad Faiz Helmi.

Seorang lagi anaknya, Tajul Afkar, 44, berkata, bapanya itu sering mengajar kitab di masjid berkenaan pada setiap malam Rabu.

Tajul Afkar berkata, arwh bapanya aktif mengajar kitab di mana-mana sahaja sejak berhenti mengajar sekolah agama.

Namun, apabila berusia 70-an ini arwah banyak menumpukan perhatian di masjid itu sahaja dan surau berdekatan kerana masalah kesihatan.

“Arwah bapa juga menghidap penyakit tiga serangkai.

“Ketika kejadian, saya berada di rumah dan rakan arwh ada memberitahu bapa mengadu s4kit dada sebelum memulakan kuliah selepas Maghrib itu namun arwh tetap mahu meneruskan kuliah itu juga,” katanya.

Sekadar info, jenazah Allahy4rham Ismail selamat dikebumikan di tanah perkubur4n Islam di masjid berkenaan jam 11 pagi hari ini.

Sumber:HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *