Identiti Rider Terbakar Akhirnya Dikenal Pasti , Rupanya Orang Sidam Di Kedah . P0lis Datang Rumah Ibu Bawa Khabar Duk4 Lepas Maghrib.
Identiti penunggang motosikal yang m4ut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam, dikenal pasti sebagai Muhamad Hafiz Muhamad Salleh yang berasal dari Sidam, Kedah.
Menurut sepupu mangsa, Nurul Nazihah, Allahy4rham yang juga lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhijrah ke ibu kota dan kini bekerja sebagai rider penghantar makanan.
Bercakap kepada mStar, Nazihah berkata dia menonton rakaman tular memaparkan rider itu rentung terbakar, namun tidak menyangka mngsa merupakan ahli keluarga sendiri.
“Pukul 4 petang tadi saya ada tonton video nahas pesawat. Saya tengok video rider terbakar. Memang s3dih… saya kata pada diri, kenapa la dia lalu masa kejadian. Kesian tengok terbakar atas jalan.
“Lepas Maghrib baru tahu mngsa sepupu saya. Polis ke rumah ibunya, sekarang ibunya dalam perjalanan ke ibu negara. Sampai sekarang saya tak berani nak call ibunya. T4kut dia tak boleh nak bercakap,” ujarnya.
Menurut Nazihah, mngsa yang berusia 30-an merupakan anak sulung daripada lima beradik dan sepatutnya pulang ke kampung halaman bagi menghadiri kenduri keluarganya minggu depan.
“Dia dah lama kerja di Kuala Lumpur. Dia kerja rider. Dah habis belajar dalam tahun 2017. Memang rapat, baru saja jumpa di kampung masa raya Qurban. Saya duduk Kulim, ibu arwh di Sidam. Kampung kami pula di Baling.
“Minggu depan kenduri kahwin adik dia. Sepatutnya dia balik minggu depan. Memang s3dihlah. Masa raya tu kali terakhir jumpa. Dia jenis soft spoken, sembang tak merapu.
“Minta tolong semua doakan yang baik-baik, diampunkan d0sanya, dan dikurniakan syurga buatnya,” ujar Nazihah lagi
Arwh Hafiz atau Apit (kanan) bersama rakan-rakannya.
Terdahulu, mStar melaporkan 10 individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal m4ut selepas sebuah pesawat terh3mpas di Elmina.
Turut terk0rban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhemp4s pada petang Khamis.
Sumber:mstar