Ibu Zayn Rayyan Ucap Tahniah Graduasi , Foto Konvo Bersama Undang Sebak”Mommy Bangga Pencapaian Abang”

Majlis graduasi pastinya menggembirakan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga yang meraikannya.

Namun, situasi berbeza dilalui ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mninggal dunia akibat dibunvh 6 Disember tahun lalu.

Menerusi perkongsian foto terbaharu, Ismanira Abdul Manaf menzahirkan ucapan tahniah kepada arwh anaknya sebagai tanda berakhirnya sesi prasekolah.

“Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan. Mommy bangga dengan setiap pencapaian abang.

“Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian abang, mommy tetap bangga,” luahnya di laman Instagram.

Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada warga Sek0lah Kebangsaan Damansara Damai (2) di atas jemputan ke majlis konvokesyen itu yang berlangsung pada Khamis.

Menurutnya, majlis yang dihadiri mewakili anak kesayangannya akan menjadi kenangan terindah buat mereka sekeluarga.

Dalam hantaran sama, dia turut memuat naik foto suntingan yang memaparkan dirinya bersama Zayn Rayyan selepas graduasi.

“Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je,” ujarnya.

Perkongsiannya itu meruntun hati warga maya dengan kebanyakannya mendoakan agar kes pembunuhan Zayn Rayyan mendapat keadilan yang sewajarnya.

“Ya Allah sebaknya. Sebaya anak saya, kami turut rasa kehilangannya. Happy graduation day Zayn sayang. Al-Fatihah

“Pagi-pagi puan buat mata saya masuk habuk… semoga puan terus kuat.

” Tahniah adik Zayn… sebak aunty di pagi hari ni, ya Allah kau rahmatilah arwh adik Zayn di tamanMu dan kurniakanlah keadilan yang seadil-adilnya buat keluarga adik Zayn Rayyan,” komen warga maya.

Untuk rekod, Allahy4rham Zayn Rayyan ditemukan mninggal dunia di sebatang anak sungai kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman di Damansara Damai, Selangor, pada pukul 10 malam, 6 Disember tahun lalu.

Laporan bedrh siasat yang dikeluarkan pada 7 Disember lalu mengesahkan kanak-kanak itu mrti dibunuh kerana terdapat kesan kecederaan pada leher serta badannya.

Sumber:Mstar,Tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *