Ibu Terpaksa Gugurkan Kandungan Ketika Ambil Master , Hamil Kali Kedua Air Ketuban Pec4h Selepas Hantar Tesis . Syukur Lulus Cemerlang.

Bukan biasa-biasa dugaan yang terpaksa ditempuh oleh wanita ini dalam usahanya menghabiskan pengajian peringkat ijazah sarjana (Master) pada Disember 2022.

Menurut Robiatul Adawiyah Salihuddin Ayobbi, 33, dia terpaksa menggugurkan kandungan ketika semester pertama pengajian dalam jurusan Perbankan dan Kewangan Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Ayin menceritakan semula perit getir yang perlu dilalui sepanjang pengajiannya seperti mana yang dikongsikan dalam video TikT0k yang tular.

“Masa mengandung tu merupakan situasi paling mencabar apabila saya kena symphysis pubis dysfunction. Saya nak berjalan pun s4kit apatah lagi naik turun tangga.

“D0ktor putuskan untuk mat1kan bayi dalam kandungan sebab nak selamatkan ny4wa saya. Masa dengar apa d0ktor cakap tu hanya Allah saja tahu perasaan saya.

“Saya berada dalam keadaan lowest point in life (titik terendah dalam hidup) selepas tahu kandungan saya tu high risk (risik0 tinggi). Saya pula pergi kerja naik MRT jadi macam-macamlah perkara tak baik terlintas di fikiran,” imbas Ayin.

Memandangkan mempunyai kelulusan Master merupakan impiannya sejak dulu demi membanggakan ibu bapa, Ayin akur dengan takdir Allah.

“Kandungan saya ada hydrops fetalis dengan cystic hygroma. Saya pula kena mirror syndrom pada masa sama. Jadi waktu tu buah pinggang dan hati saya dah mula r0sak.

“Sampaikan masa buat ujian LFT (liver function tests), dar4h saya jadi terlalu berasid paras 3000. Jadi doktor terus putuskan untuk berhentikan (degupan) j4ntung baby masa tu juga sewaktu kandungan saya dah tujuh bulan.

“Doktor beritahu saya, kalau tak suntik jantung baby untuk mat1kan, dia pun tak pasti boleh selamatkan saya atau tidak,” ujar Ayin yang menetap di Kajang, Selangor.

Ayin yang berumah tangga sebelum menyambung pengajiannya bermula Mac 2020 berkata, dia akhirnya berjaya menamatkan pengajian dengan memperoleh keputusan cemerlang walau dilanda banyak ujian.

Bukan itu sahaja, belum pun sempat menghabiskan pengajiannya, dia sekali lagi diberi peluang untuk hamil dan melahirkan zuriat sulungnya.

Ayin berjaya menamatkan pengajian memperoleh Anugerah Ijazah Sarjana Cemerlang.

Ayin akhirnya berjaya melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Razan pada 1 Februari 2023, jam 5 pagi.

“Saya bersyukur masih diberi peluang mengandung kali kedua dan tak ada risik0 bahaya macam sebelum ni. Saya boleh melahirkan puteri sulung dengan baik masa tengah study.

“Cerita saya sebelum nak bers4lin agak kelakar. Sebelum tu kena hantar tesis selepas diminta buat pembetulan kecil. Dalam jam 12.30 tengah hari seluar saya basah. Ingatkan terkencing!

Saya harap boleh sambung pelajaran di peringkat PHD pula.

“Saya tukar saja seluar macam biasa. Selepas tu saya baring atas katil, waktu itulah air banyak keluar. Terus beritahu suami saya dah nak beranak,” ujarnya lagi.

Disebabkan Ayin masih belum menyelesaikan projek akhir tahunnya ketika tempoh berpantang, dia terp4ksa membentangkan Viva selepas lima hari melahirkan bayi.

Ayin yang kini bertugas sebagai Eksekutif Kanan Koperasi Tentera bersyukur apabila mendapat bantuan dan sokongan suami, Abdull Salam, 32 dan keluarga sepanjang pengajiannya.

Dalam pada itu, Ayin turut menitipkan pesan buat orang ramai yang terinspirasi dengan kecekalannya dalam menempuh perjalanan hidup.

Ayin bersyukur dikurniakan suami dan keluarga yang banyak membantu sewaktu meneruskan pengajian.

“Memang satu pengalaman tak dapat digambarkan sebab saya kena bentangkan Viva depan laptop semasa tengah berpantang dan baby dekat sebelah. Banyak sangat struggle saya kena lalui.

Tapi semua tu berbaloi dan berkat usaha, saya berjaya peroleh Anugerah Ijazah Sarjana Cemerlang sebab dapat pointer lebih 3.9 (GPA) setiap semester. Saya harap boleh sambung pelajaran di peringkat PhD pula.

“Saya nak nasihatkan mereka yang nak sambung belajar, walau susah macam mana sekali pun, anda kena tahu yang diri sendiri lebih kuat daripada apa kita sangkakan.

“Saya tak pernah keseorangan sebab ada suami yang memahami keadaan seorang isteri yang terpaksa culas t4nggungjawab bila sambung belajar,” ujarnya menutup kisah.

Sumber:mstar