Ibu Sedang S4kit , Anak Tinggalkan Nota Dan Duit Depan Restoran . Pemilik Kedai Bungkus Nasi Dan Lauk Sedekahkan Kepada Pelanggan

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk seseorang itu menyalurkan sumbangan atau sedekah.

Bagi seorang individu, dia menghulurkan derma dengan cara meninggalkan nota bersama duit berjumlah RM580 di sebuah kedai makan baru-baru ini.

Tanpa mendedahkan identiti, dia meminta supaya penerima wangnya itu mendoakan kesihatan ibunya.

“Assalamualaikum Pak Man, duit ni ada RM580. Saya nak Pak Man bungkuskan nasi dan lauk RM580 bagi kepada orang.

“Saya minta doakan ibu saya sihat,” tulisnya.

Kejadian ini dikongsikan pelayar Fb Luqman Hakim yang juga merupakan pemilik premis Pak Man Nasi Tempurung di Teluk Intan Perak.

Berkongsi cerita, ujarnya, dia terkejut apabila melihat sampul yang terkandung duit dan nota di hadapan kedainya pada 3 Januari lalu.

“Hari ini 3 Januari 2024, pagi mai (datang) kedai tengok ada sampul… ada surat ni, ada duit.

“Siapakah anda, saya doakan ibumu sihat. Saya doakan kamu murah rezeki dunia ahirat,” ujarnya menerusi hantaran di Fb.

Moga ibunya cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhir4t.

Malah katanya, amanah yang diberikan itu telah dilaksanakan selain mengucapkan syukur kerana mempunyai pekerja yang jujur.

“Terima kasih beri amanah ini di kedai Pak Man Nasi Tempurung. Team dah beri orang makanan ini.

“Terima kasih kepada pekerja saya jujur, beri kepada saya surat dan duit ini,” tambahnya lagi.

Kebanyakannya turut mendoakan supaya ibu kepada individu pemurah tersebut diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.

“Semoga Allah permudahkan urusan insan yang baik hati dan diberi kesembuhan segera buat bonda tersayang.

“Alhamdulillah. Terima kasih hamba Allah yang sedekahkan duit untuk beri orang makan… semoga ibunya sihat-sihat selalu, dipermudahkan segalanya.

“Moga ibunya cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhir4t,” ujar beberapa warga maya.

Sumber:mstar