Ibu Mengaku Salah Atas Tuduh4n Bunvh , Tinggal Bayi Sendirian 10 Hari Untuk Pergi Bercuti
Seorang ibu yang meninggalkan anak kecilnya bersendirian selama 10 hari semasa pergi bercuti mengaku bersal4h atas tuduhan membunuh.
Tertuduh, Kristel Candelario, 32, meninggalkan anak perempuannya berusia 16 bulan, Jailyn, di tempat khas bermain di kediamannya selama 10 hari pada musim panas lalu semasa dia pergi bercuti.
Dia mengaku bersalah atas tuduh4n membunvh dan membahayakan kanak-kanak, pada Khamis.
Candelario kini boleh menghabiskan sisa hidupnya di penj4ra apabila dia dijatuhi hukuman pada 18 Mac.
Pegawai berkata Candelario meninggalkan anak perempuannya di rumahnya di Cleveland, Ohio di Amerika Syarikat (AS) semasa pergi bercuti ke Detroit dan Puerto Rico pada Jun 2023.
Apabila dia kembali 10 hari kemudian, wanita itu mendapati anak perempuannya tidak bernafas di dalam tempat khas bermain sebelum membuat panggilan kecem4san.
Pasukan kecem4san mendapati bayi malang itu terlalu dehidrasi, dan mengesahkan mngsa mninggal dunia di tempat kejadian.
Bed4h siasat mendapati kanak-kanak itu mninggal dunia akibat kebuluran dan dehidrasi yang teruk.
“Kes ini adalah salah satu kes yang benar-benar tidak dapat dibayangkan yang akan kekal dengan saya selama bertahun-tahun akan datang,” kata pend4kwa Michael C. O’Malley.
“Bayi berusia 16 bulan itu sangat dehidrasi ketika ditemukan m4ti dalam tempat permainannya, di atas pelapik yang dikotori air kencing dan najis dengan selimut kotor,” tambahnya.
Peguam memberitahu Candelario mengalami masal4h kesihatan ment4l tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.
Sumber:HM