Ibu Khai Bahar Dimasukkan Ke Hspital Akibat Sesak Nafas , Masih Dalam Pemantauan Doktor.

Ibu kepada penyanyi Khai Bahar dimasukkan ke Hspital Tuanku Fauziah, Kangar sejak Sabtu lalu selepas mengalami ses4k nafas.

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata, ibunya iaitu Rosnah Muhammad, 61, kini masih lagi di bawah pemantauan d0ktor dan rawatan lanjutan.

“Ibu ses4k nafas di rumah dan adik yang membawanya ke hspital. Ketika ini saya pun masih menunggu makluman lanjut daripada d0ktor mengenai keadaannya.

Ibu Khai kini masih di bawah pemantauan doktor.

“Dia masih dalam pemantauan doktor dan perlu mengambil ubat bagi meredakan keadaannya,” katanya.

Terdahulu penyanyi lagu Selagi Ku Ada ini turut berkongsi gambar memegang tangan wanita itu di laman Instagram miliknya.

Kata Khai dia baru sahaja tiba di kampung halaman pada lewat malam Khamis dan mengambil cuti bagi melihat keadaan ibu.

“Saya baru sampai semalam (Ahad). Saya ambil cuti untuk menziarahi ibu.

“Keadaan ibu saya begitulah sejak dia s4kit buah pinggang. Ada ketika dia ingat, ada ketika dia lupa. Dia juga perlu jalani rawatan di4lisis seperti biasa.

Kalau ada peluang memang saya akan balik. Inilah masanya untuk saya buat mak gembira

“Mohon doa semua agar ibu saya dalam keadaan baik,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi temu bual bersama program Melodi yang disiarkan pada Ahad, Khai juga tidak dapat menahan air mata mengenangkan kesihatan ibunya yang semakin merosot akibat s4kit buah pinggang tahap akhir.

Tambahnya dia kini lebih fokus untuk menjaga ibunya meskipun jadual kerja padat dan akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke Perlis jika berkelapangan.

Khai mohon doa ramai agar ibu kembali sihat.

“Kalau ada peluang memang saya akan balik. Inilah masanya untuk saya buat mak gembira.

“Kalau tengok jadual kerja memang padat, tapi saya hanya fikirkan mak sahaja. Terkil4n juga apabila susah nak balik sebab sibuk bekerja,” jelasnya.

Sumber:mstar