Ibu Kepada Pelakon Adi Putra Mninggal Dunia Di Singapura.

Pelakon Datuk Adi Putra memaklumkan ibu tercinta iaitu Noor Banoo Khan Mohd telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.15 pagi, Jumaat.

Berkongsi berita duka itu menerusi Instagram, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 42, bagaimanapun tidak memaklumkan punca pemergian Allahy4rham.

“Dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Khan Mohd telah pulang ke Rahmatullah jam 11.15 pagi,” katanya.

Adi Putra kongsi kenangan ibu semasa di hspital.

Dalam pada itu, Adi turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan ibunya sejak dimasukkan ke hspital.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Adi memberitahu jnazah ibunya akan dikebumikan di Pusara Aman Singapura selepas solat Asar.

Pada Selasa lalu, Adi yang berada di Makkah berkata dia menerima khabar sedih ibunya berada dalam keadaan kritik4l di Singapura.

Dalam hantaran berkenaan, Adi turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan prosedur j4ntung ibunya dipermudahkan.

“Hampir dua bulan di Tanah Suci di Arab Saudi, mendapat panggilan kritik4l dari Singapura tentang keadaan ibu saya,” tulisnya.

Sumber:Mstar