Ibu Dan Dua Anak Dihalau Dari Rumah Sewa , Suami Tak Peduli Selepas Kahwin Baru.

Seorang ibu dan dua anaknya terpaksa bermalam di sebuah masjid selepas dihalau keluar dari rumah sewa di saat umat Islam sedang fokus beribadah di bulan Ramadan.

Ibu, dua anak minta izin bermalam di masjid
Menerusi hantaran tular, seorang wanita berstatus ibu meminta izin untuk bermalam di masjid kira-kira pada jam 12 tengah malam bersama dua orang anaknya yang masih kecil.

Menurut individu dikenali Ustaz Abu Hamizan, dua beranak itu datang bersama sehelai selimut sahaja.

“Di satu sudut masjid, saya terpandang kepada seorang wanita dan dua orang anaknya yang masih kecil. Waktu itu hanya ada beberapa orang sahaja jemaah lelaki yang datang ke masjid untuk qiamullail.

“Kemudian, wanita itu datang dan menyapa, “Ustaz, boleh tak saya minta izin untuk menumpang tidur di sini (masjid) untuk malam ni sahaja?””kongsi Ustaz Abu Hamizan.
ibu anak dihalau

Dihalau keluar dari rumah sewa
Dia kemudiannya bertanya akan sebab mereka tiga beranak mahu bermalam di masjid tanpa kehadiran bapa kepada anak-anak tersebut.

Jawapan yang diberikan oleh wanita itu telah membuatkan dia terdiam sebaik sahaja mendapat tahu mereka telah dihalau keluar dari rumah sewa.

Lagi menyedihkan, suami wanita terbabit langsung tidak mengambil peduli mengenai keluarganya.

“Kata ibu ini, dia baru dihalau dari rumah sewanya. Suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga. Subhanallah.

“Dia pula tiada tempat untuk meminta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggi di Selangor (luar Terengganu),”kongsinya lagi.
dihalau dari rumah sewa

Apa yang membuatkan dia lagi terkejut, tiga beranak tersebut langsung tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kepada anak-anak, termasuklah tidak mempunyai sebarang lokasi hala tuju.

Keadaan tiga beranak itu membuatkan Ustaz Abu Hamizan terdiam dan berfikir akan nasib mereka.

“Di tengah larut malam begitu agaknya ibu mana yang sanggup bawa anak-anak kecil sebegitu keluar tidur merata.

“Macam mana kalau anak-anak itu tidur dalam keadaan lapar, sedang saya mengetahui akan hal itu. Adakah saya akan berdos4?

“Sebagai seorang muslim, bukan ke kita dituntut supaya mengasihi muslim yang lain.”luahnya dalam hantaran di Fb, semalam.
dihalau dari rumah sewa

Kasihan akan nasib tiga beranak itu, dia kemudiannya meminta izin untuk memberikan sedikit wang sumbangan untuk ibu itu membeli tiket bas dan makan.

Di akhir perkongsian, Ustaz Abu Hamizan menasihati para lelaki untuk tidak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami dan bapa.

“Tak lambat dan tak cepat, balasan Allah itu ada,”nasihatnya.

Sumber: FB Abu Hamizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *